Tuesday, August 18, 2009

Fertility Foundation

Saya percaya ramai yang pernah mendengar tentang Yayasan TAAF. Ada yang bertanya kepada saya tentang yayasan ini. Saya memang pernah menjalani rawatan IVF beberapa tahun yang lalu. Tetapi saya menjalaninya atas tanggungan sendiri. Justeru, saya tidak boleh bercerita panjang tentang yayasan ini.

Saya menjalani program IVF setelah pelbagai usaha saya sebelum ini menemui kegagalan. Pada mulanya saya berusaha menjalani rawatan kesuburan di klinik swasta yang mempunyai pakar gynae dan juga berubat secara tradisional. Mungkin juga kesilapan saya yang utama ialah kami suami isteri tidak menjalani rawatan secara serius dari awal lagi. Tambahan pula saya hanya mula menjalani rawatan kesuburan lima tahun selepas berkahwin. Pada masa itu pun saya menjalaninya di hospital swasta. Setelah sekian lama, iaitu selepas sepuluh tahun, barulah saya sedar yang saya tidak boleh menanti dan melihat sahaja. Usaha yang maksimum amat perlu sebelum saya berserah kepada Qada dan QadarNya.

Saya juga ada mendapat maklumat yang saya boleh mendapatkan perkhimatan doktor kerajaan di LPPKN. Pastinya saya juga ingin mendapatkan perkhidmatan yang lebih murah tetapi disebabkan terdapat beberapa syarat dan perlu menunggu agak lama, tambahan pula usia yang semakin lanjut, serta setelah mendapatkan pandangan daripada pakar sakit puan yang telah merawat saya agak lama, akhirnya saya dan suami mengambil keputusan untuk menjalani program IVF dengan belanja sendiri di sebuah hospital swasta. Sebelum memulakan rawatan itu pun, saya diberikan kaunseling bahawa proses ini tidak semestinya berjaya seratus-peratus walaupun harapan untuk berjaya memang agak tinggi dibandingkan dengan rawatan yang lain.


Apabila proses itu gagal, walaupun berasa sedikit sedih, namun saya tidaklah sampai berputus asa kerana yang penting bagi saya ialah usaha. Dan, saya telah berusaha dengan seluruh kemampuan saya. Justeru, kalaupun saya gagal ketika itu, saya tahu bahawa sekurang-kurangnya saya tidak menyerah begitu sahaja.


Selepas kegagalan itu, saya pernah juga membaca tentang Yayasan TAAF ini. Ada juga terlintas di hati saya untuk memohonnya. Melihat syarat-syaratnya, saya memang layak kecuali pendapatan pemohon pada masa itu mestilah kurang daripada RM4000 kalau saya tidak silap. Jadi, saya mengambil keputusan untuk tidak memohonnya. Lagipun pada ketika itu, saya telah ada sponsor (hehehe...ahli keluarga saya yang baik hati itu!). Tambahan pula, saya memang masih trauma dengan pelbagai proses yang harus saya lalui kembali jika saya perlu mengulangi proses IVF ini. Dan rupanya, Allah memang mahu memberikan saya rezeki dan rahmat tanpa perlu bersusah-payah mengeluarkan wang dan mengulangi segala proses yang agak rumit itu lagi kerana saya mengandung secara semula jadi tanpa perlu mengulangi proses IVF sedangkan sebelum ini, telah lama saya berusaha tetapi tidak berjaya.


Saya faham bahawa bukan semua orang diberikan ujian seperti saya. Juga saya yakin bahawa bukan semua orang bertuah seperti saya dikurniakan rezeki ketika saya pada masa itu berfikir bahawa memang saya ditentukan untuk begitu. Saya sangat gembira membaca cerita pasangan yang dikurniai anak setelah bertahun-tahun menanti. Saya faham perasaan itu kerana saya tidak tahu macam mana hendak gambarkan perasaan ketika melihat wajah zuriat saya sendiri selepas berbelas tahun menanti. Serasa tidak percaya. Saya sangat kagum dengan usaha YM Tunku Azizah yang bermurah hati menaungi yayasan ini yang telah banyak memberikan cahaya kepada pasangan yang menghadapi masalah untuk memperoleh zuriat. Saya berdoa lebih ramai pasangan yang akan berjaya setelah usaha lain menemui jalan buntu. Sesungguhnya kita memang perlu berusaha, selebihnya serahkan kepadaNya.

Ramai orang bertanya dengan TAFF. Walaupun saya tidak pernah mendapatkan bantuan daripada yayasan ini tetapi, saya tahu tentangnya. Saya cuba mencari maklumat tersebut.

Justeru, saya harap alamat dan nombor telefon yang saya paparkan di bawah dapat membantu. Semoga tidak ada sebarang masalah.

Segala pertanyaan tentang TAFF, sila hubungi alamat atau no telefon di bawah…
Yayasan Fertiliti Tunku Azizah(Tunku Azizah Fertility Foundation)
Istana Abdul Aziz
Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan,Pahang Darul Makmur.
Tel: 09-7533241Email: taff2004@streamyx.com

4 comments:

  1. Oh macam tu rupanya. :)

    Faridrashidi.com

    ReplyDelete
  2. Tq kakak,

    Nanti saya nak bagi address ni kat biras saya,yg dah lamakan dambakan seorang anak....saya faham sangat perasaan insan yg belum berpeluang menimang cahayamata ni dan bagaimana pula perasaan bila dapat melihat bayi kita lahir kedunia,cuma bezanya saya kurang tertekan dulukerana berumahtangga dalam usia yang masih terlalu muda dan masih sibuk beljat dan mengejar cita.....:)

    hmmm...setiap org lain cabarannya kan kak?

    ReplyDelete
  3. @Farid,
    Begitulah ceritanya... :)

    @rerama salju,
    Nda, itulah juga sebabnya kakak lewat menjalani rawatan. Mula2 tu memang tak kisah sangat. Tapi bila dah semakin lewat..makin sukar untuk dirawati.

    Setiap ujian yang kita lalui itu menjadikan kita semakin tabah kan?

    ReplyDelete
  4. cam ner nak mohon untuk masuk program TAFF nieks..dah antr e-mail..tapi lom berbalas lg..alamat e-mail tu on lagi ker?web site ni pon dah lame pnya web site..ad orang cek lg x?

    ReplyDelete