Wednesday, November 4, 2009

Ada yang tiada

Lama juga tak update blog ni. Memang sibuk memanjang sehinggakan jarang sekali menjenguk tempat melepaskan rasa yang bersarang di dada.

Esok hari terahir si abang menjalani peperiksaan akhir tahun. Budak lelaki seorang ni, kalau tak dihadap sepanjang masa dia belajar, memang tak akan adalah dia nak belajar. Saya kira, anak lelaki memang begitu agaknya. Adik saya yang mempunyai anak perempuan berkata, kebanyakan anak perempuan ni tak perlu di suruh banyak-banyak...semuanya pandai mengambil buku membuat latihan sendiri.

Kali ini saya memberikan lebih tumpuan walaupun dia nak lari-lari juga. Dan akhirnya semua latihan yang diberikan siap juga.

Suami tiada di rumah kerana telah mula mengikuti satu seminar antarabangsa. Sekarang musim hujan, saya nak keluar rumah pun rasa bimbang juga. Dengar cerita, keadaan hujan dan ribut petir ni akan berterusan beberapa minggu lagi. Semoga setiap daripada kita berhati-hati jika memandu dalam hujan lebat kan?

5 comments:

  1. Sekolah anak2 saya dah hantar buku teks pun...mmg raya awai.... 2 minggu tak buat apa.


    cuma...si Along akan hadapi SPM.

    Moga semua orang2 yang kita sayang dilindungi Allah selalu

    ReplyDelete
  2. anak kan .. tu la.. lelaki ngan pompuan lain caranya

    ReplyDelete
  3. @Kujie,
    hari ni dah habis periksa, esok dah kena hantar buku.
    lepas ni nanti dia demand pergi sekolah tak belajar apa.

    selamat berjaya buat anak yang menghadapi peperiksaan SPM tu.

    @ CuteMiut,
    Memang orang selalu kata anak lelaki payah sikit pasal belajar ni berbanding perempuan. Anak saya dua-dua hero...

    ReplyDelete
  4. ujan2.. tido best..
    pastu bangun makan..

    ReplyDelete
  5. boleh menternak lemak macam tu KuIna LadyInRed.

    ReplyDelete