Thursday, January 29, 2009

Aku dan IVF

Keluarga kami menerima berita gembira lagi. Adikku kini telah disahkan hamil anak ke-4. Anak-anaknya begitu gembira. Kalau tak silap, dah nak masuk 3 bulan. Berita tersebut membuatkan saya terkenang tentang saat-saat manis saya disahkan mengandung pada tahun 2007 setelah menunggu selama 17 tahun sehinggalah selamat melahirkan anak. Saya bersyukur kerana setelah sekian lama, akhirnya saya dikurniakan rezeki yang amat berharga ini. Walaupun mungkin merupakan satu-satunya anak kandung saya, saya tetap bersyukur kerana berpeluang mengalami sesuatu yang sangat berharga bagi setiap wanita. Saya juga terkenangkan betapa ramai lagi pasangan yang masih menanti dan berharap untuk mendapatkan zuriat sendiri.
Saya ingin sekali mengabadikan segala usaha dan kenangan pahit manis yang saya alami selama ini. Mana tahu, segala catatan saya dapat digunapakai oleh adik-adik, anak-anak dan rakan-rakan.



Saya pernah mencuba kaedah IVF. Walaupun usaha itu tidak berjaya pada diri saya, saya tidak pernah putus asa kerana biar secanggih manapun kaedah perubatan itu, segalanya akhirnya kembali kepada Yang Maha Kuasa. Perkara itu juga yang telah ditegaskan oleh pakar yang merawat saya agar saya bersedia dengan segala kemungkinan yang timbul serta dapat menerima kemungkinan sekiranya percubaan saya tidak berjaya.

Saya masih ingat tentang pertemuan dengan seorang pakar sakit puan yang terkenal semasa mendapatkan rawatan kerana masalah kesakitan semasa datang haid. Apabila membincangkan masalah saya yang masih belum mempunyai anak ketika itu, beliau ada menyebut tentang beberapa kaedah moden termasuk IVF (in virto fertilization) yang mungkin belanjanya lebih mahal tetapi sebagai langkah terakhir bagi pasangan yang meningkat usia setelah gagal mencuba pelbagai kaedah semulajadi. Kaedah IVF boleh dilakukannya di HUKM jika usia kurang daripada 35 tahun tetapi malangnya syarat itu tidak boleh kami penuhi dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk menjalaninya di hospital swasta.
Beliau menyarankan saya berbincang sendiri dengan seorang pakar yang pernah menjadi teman kuliah beliau. Saya dan suami sepakat untuk mengeluarkan belanja tersebut memandangkan kami perlu mencuba sebarang kaedah yang ada sebelum benar-benar terlewat.
Bukan mudah sebenarnya menjalani kaedah ini. Selain menyediakan wang yang secukupnya (hampir 20 ribu belanja keseluruhan sehingga selesai memindahkan embrio ke dalam rahim), persediaan fizikal dan mental juga perlu.
Saya tidak ingat sepenuhnya tentang proses IVF tersebut tetapi saya akan ceritakan serba sedikit apa yang saya terpaksa tempuhi sepanjang proses tersebut:-
(Sebenarnya proses tu tak lah lama sangat. Keseluruhannya lebih kurang dalam masa sebulan)
1) Saya perlu menyuntik ubat-ubat kesuburan. Kata doktor, untuk merangsang telur daripada ovari. (Bahagian suntik menyuntik diri sendiri setiap pagi tu yang saya fobia tu! Kadang-kala saya suruh orang lain suntik perut saya sebab rasa macam tak lut aja jarum tu)
2) Saya terpaksa berulang-alik ke hospital tempat menjalani kaedah ini kerana doktor terpaksa memantau perkembangan telur dalam ovari.
3) Beberapa jam sebelum proses mengeluarkan telur dari ovari, kena suntik ubat kesuburan yang lain daripada di atas untuk mematangkan telur.
4) Telur yang telah dikeluarkan (masa keluarkan telur ni, kalau tak silap, tak sedar kena bius) disatukan dengan sperma dalam tempoh secepat mungkin pada hari yang sama.
5) Telur dan sperma yang disenyawakan tadi disimpan dalam inkubator supaya membentuk embrio.
6) Beberapa hari kemudian, (kalau tak silap 5 hari lepas tu) datang lagi ke hospital dan embrio yang paling baik dipindahkan ke dalam rahim.
Sebenarnya, dalam kes saya, tiga saja embrio yang betul-betul sihat dan ketiga-tiganya dipindahkan ke dalam rahim. Doktor pakar tu beritahu saya, kalau berjaya menghasilkan embrio yang lebih banyak, embrio tu boleh di simpan di hospital (ada pusat yang menempatkannya). Dah mungkin bukan rezeki saya agaknya, seminggu selepas menjalani proses pemindahan embrio ke dalam rahim, saya terpaksa menjalani satu pembedahan di hospital berhampiran tempat tinggal saya walaupun berulangkali saya beritahu doktor tu yang saya baru sahaja mmenjalani IVF. Tapi katanya, pembedahan memang ada risikonya kepada janin tetapi jika tidak menjalani pembedahan, proses tersebut mungkin tetap gagal kerana tekanan kesakitan yang saya alami.
Begitulah...akhirnya usaha saya gagal kerana begitulah takdirnya dan setelah dua tahun berlalu, saya mengandung secara semulajadi. Alangkah besarnya kekuasaan Allah.

93 comments:

  1. Tabah sungguh kakak ya. Saya selalu fikir, saya yang malang sangat kerana dah 6 tahun berumahtangga masih tiada belum dapat anak. Saya pernah mengandung dan sekali di luar rahim sampai kena buang salur fallopian. Saya dah jumpa pakar yg kata masih ada peluang lagi. Saya masih menanti.

    ReplyDelete
  2. hi nak tanya kat Saripah betul ka dengan tiadanya salur follopian ada peluang lagi . How

    ReplyDelete
  3. Saripah,
    Kakak rasa tentu masa mengandung luar rahim tu doktor buang satu salur kan? Insya Allah, masih ada peluang.
    Anonymous,
    Ada beberapa orang kawan kakak yang memang kena buang salur fallopian sebab mengandung luar rahim. Dan selepas beberapa tahun mereka berjaya mendapatkan anak. Kakak pernah juga dengar cerita, kalau satu fallopian tak berfungsi (terutama telah dibuang kerana ada masalah) yang satu tu lebih rajin berfungsi.

    ReplyDelete
  4. Wanita ada 2 salur follopian. Doktor yg merawat saya kata, byk kes lepas buang satu salur kerana mengandung luar rahim, ada yg mudah sj mengandung lepas tu.

    ReplyDelete
  5. Saya adalah contoh terbaik... :). Saya mengandung luar rahim setelah 5 tahun kawin. Itu kandungan pertama saya. Kandungan dah pecah dan salur tu kena buang. Ovari tetap ada dua. Dan saya ada 3 anak sendiri selepas tu... (8 tahun kawin baru ada anak sendiri). Tapi, saya juga ada anak angkat... selepas 3 tahun kawin...

    Semua kandungan saya sendiri tu adalah secara semula jadi.

    Jadi, jangan berhenti berharap dan berdoa.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih berkongsi cerita. Memang kita perlu terus berusaha dan berdoa.

    ReplyDelete
  7. Terharu dengar cerita ni. saya pun sama lah, baru 2 tahun kawin, tapi banyak masalah, dah dua kali pembedahan buang endometriosis. IUI dah buat 4 kali, semua gagal. saya sedang siapkan diri untuk IVF. tapi saya percaya, secanggih mana pun teknik, kita harus berdoa & berharap kepada Allah.

    ReplyDelete
  8. pertama kali saya membuat pemeriksaan di HUKM,saya disahkan oleh doktor bahawa saya tidak dapat mengandung secara normal kerana kedua2 tiub follopion saya tersumbat.doktor telah mencadangkan agar saya mencuba kaedah ivf..10 embrio berjaya dihasilkan. doktor telah memasukkan 2 embrio kedalam rahim saya.saya berjaya hamil.apabila kandungan saya memasuki 17minggu saya menghadapi masalah.air ketuban saya pecah kerana rahim terkena infection..saya telah ditahan diwad selama 5hari dengan harapan sarung ketuban itu akan tutup dengan sendirinya.tetapi malangnya rezeki tidak menyebelahi saya..hari kelima saya berada dihospital,ketika ingin membuang air kecil,alangkah terkejutnya saya apabila tiba2 kedua2 kaki anak saya sudah terkeluar..bayi saya tidak dapat diselamatkan..bayi saya sudah cukup semua sifatnya..dan jantinanya adalah lelaki..alangkah sedihnya saya ketika itu...doktor memberitahu bahawa 3bulan lagi saya akan mengulangi proses utk memasukkan embrio kedalam rahim saya..saya amat berharap agar kandungan akan datang selamat...

    ReplyDelete
  9. hati saya terubat bile baca coretan kakak...terima kasih...semua....

    linda azrul

    ReplyDelete
  10. Tahniah kerana berjaya hamil. Saya baru saja menjalani rawatan ivf tetapi terkandas awal kerana telur saya hanya 1 yg berjaya dikeluarkan dan tidak berjaya membentuk embrio. Mungkin faktor kesihatan dan umur saya agaknya. Kebetulan saya demam, batuk & selsema beberapa hari sebelum telur dikeluarkan. Kecewa juga tapi saya redha kerana mungkin belum rezki saya. Adakah masih ada sinar utk saya? Wallahua'lam.... Hanya DIA saja yg tahu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy dulu pun mcm tu gak...first time tu x da embryo yg jadi....second time pla ada 3 embryo yg jadi tapi bila sdh transfer n cek darah masi negative. ..blm ada rezeki lgpun sy buat kerja berat2 n stress mungkin tu puncanya...tapi sy masi berharap dan sntiasa berdoa agar allah makbulkn doa sy satu ari nnti...aminnn!!^_^

      Delete
  11. alhamdulillah...kuasa Tuhan mengatasi segala-galanya.....

    ReplyDelete
  12. eixora_my@yahoo.comJuly 19, 2011 at 1:45 PM

    saya masih lagi menunggu setelah hampir 5 tahun berkahwin. masalah saya ada rahim terbalik.

    ReplyDelete
  13. ya Allah.. saya sendiri sedang merasai ketentuan (bukan ujian, sedang pk +ve) tanpa anak setelah 5 tahun berkahwin. masih dlm rawatan, insyaAllah setelah IUI 3x, IVF menjadi pilihan kami.

    Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal. semoga ikhtiar kami membuahkan hasil..Ya Rabb kabulkanlah ikhtiar semua insan2 yang berusaha mendapatkan anugerahMu yang agung.. izinkan kami menjadi ibubapa kepada anak2 yg senantiasa mengingati dan menurut perintahMu ya Rabb...

    ReplyDelete
  14. Sabar Mungkin ada hikmah di sebaliknya, saya pun tgh try di Hospital Swasta IVF Doakan lah saya..........

    ReplyDelete
  15. Taniah, kerana sabar dan tabar kita akan berjaya satu hari nanti insyahaalah........

    ReplyDelete
  16. kak,naktanya selepas dimasukkan ambrio akak tinggal di rumah saje atau leh gi keje lg?sb,puas cari tp x jumpa pun apa yg perlu dibuat selepas dimasukkan semula ambrio...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya dokter bgi cuti....

      Delete
    2. Ya, biasanya memang tak boleh banyak bergerak dan diberikan cuti.

      Delete
  17. saya sudah hampir sepuluh tahun berkahwin , namun belum dikurniakan zuriat, saya sudah empat kali keguguran, yang pertama gugur, yang kedua mengandung luar rahim dan di buang tiub folopian kanan, selang 5 tahun saya demam dan keklinik dan doktor sahkan saya mengandung dan mengalami bleeding yg akhirnya keguguran dan selang beberapa bulan saya disahkan hamil skali lg dan mengalami keguguran ketika usia kandungan 2 minggu, kdg kala rasa tak kuat nak terima kenyataan , alhamdullah sokongan dr suami membuatkan saya kuat dan sentiasa berharap akan mendapat zuriat, iui, clomid sudah dijalankan cuma ivf sahaja belum usahakan kerana masalah kewangan , saya slalu berdoa moga satu hari nanti akan berjaya peroleh zuriat sendiri

    eleena , bangi

    ReplyDelete
  18. Nadirah,
    Semoga adik berjaya mendapat apa yang dicita-citakan.

    ....
    ....

    Lina,
    Semoga sentiasa tabah dan apa yang kita hadapi mungkin tidak sama, namun ujian Allah mempunyai hikmahnya tersendiri.

    .......
    .......

    Linda,
    Berkongsi cerita mungkin dapat membantu serba-sedikit.

    .....
    .....

    Eixora,
    Cubalah berusaha dengan rawatan tradisional. Mana tahu serasi.

    Zie Zack,
    Semoga berjaya...

    ....
    Anonymous,
    Sama-sama kita berdoa semoga usaha adik akan berjaya.

    .....
    .....
    Anonymous 6,
    Buat pengetahuan adik, selepas ambrio dimasukkan, kakak diberikan cuti sebab Dr. bimbang kalau banyak sangat bergerak, ada masalah. Jadi kakak memang tinggal di rumah sahaja ketika itu.

    .....
    .....

    Eleena,
    Kesabaran memang diperlukan di samping sokongan suami dan keluarga terdekat. Memang sukar juga nak menanti berbelas tahun. Masa buat IVF tak jadi, memang meraung juga. Masa tu rasa dah tak ada harapan langsung. Nak ulang balik, bukan senang nak kumpul 20 ribu balik. Tapi alhamdulillah, suami dan keluarga merupakan kekuatan dan bila kita redha dan berserah setelah berusaha, Dia berikan kita anugerah yang memang tidak ternilai.
    Semoga Eleena akan berjaya juga nanti.

    Kita

    ReplyDelete
  19. saya dah 3 kali menjalani ivf , 2 kali berjaya.kepada yang sedang menjalani rawatan ivf , selamat berjaya dan jangan berputus asa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah kerana berjaya. Semoga mereka yang sedang menjalani ivf itu akan berjaya.

      Delete
  20. salam,ramai yg senasib.Allah nak menguji keimanan kita.Sama2 la kita berdoa.sy dah kawen nak msk 5 thn.sy ade endometrosis stage 4.dah 2x operate & buang satu ovari sbb dah rosak teruk.dua2 tiup tersumbat.peluang utk hamil normal tipis.semua ikhtiar dah buat iui,mengurut serata tmpt tapi x berhasil.mungkin Allah dah atur yg lebeh baik dan Dia lebih tahu segalanye.insyaAllah Jan 12 go for IVF.Doakan sy kawan2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dilindungi Allah dan berjaya melakukan IVF. Sama-samalah kita berdoa. Hanya orang yang melaluinya sahaja faham betapa perihnya menghadapi semua itu. Namun, hanya Allah sahaja yang tahu, kenapa dia memilih kita untuk melalui cabaran tersebut.

      Delete
  21. sy da 3 taun lebey kawen..insyaallah kalai xde aral akhir bln 2 nnti akan buat ivf...doakan sy berjaya..dan semua pasangan yg blom mempunyai zuriat akan dpt menimang anak senfdiri nnti..amiin...

    ReplyDelete
  22. saya tercari2 info ivf.. tq atas perkongsian.. menarik artikel ni.. :)

    ReplyDelete
  23. Salam utk semua.saya baru saja mlkukan operate buang tiub kali kedua 15 dec 2011.terasa bgikan hidup dah tiada sinar.x ada harapan untuk mengandung normal.teringin sgt nk ada anak.insyaallah saya ada rezeki untuk ivf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, masih ada cara lain untuk menimang cahaya mata. Yang penting usaha dan kesabaran.

      Delete
  24. saya baru balik hukm nak buat ivf. ari ni ari pertama patriot.setelah usaha saya 2 tahun di lppkn tak jadi sbb doktor kata sy berisiko sbb penyakit kencing manis..tp sy tetap berusaha pergi pula ke hukm..kawan2 doakan saya berjaya..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita cuba usaha mana yang boleh. Kakak dulu pun banyak tempat cuba. Masa buat IVF tu, baru pergi SJMC.

      Delete
  25. Saya dah bkawin 10 thn, pernah pregnant skali tp after 8wks x de heartbeat so d n c.
    Feb akn proceed dgn Ivf
    Semoga A llah permudahksn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, kita usaha dan semoga Allah permudahkan usaha saudari itu.

      Delete
    2. Salam semua. Saya tercari2x kaedah IVF ni bila keluar mcm2x comment pasal couple yg dari Ipoh dpt anak kembar 3 dari prose IVF. So happy for them. Anyway, 3 tahun lepas kawan saya guna kaedah ini sebab fallopian tube dia terpotong masa cyst operation so dia tak boleh conceive secara normal. Alhamdulillah dia berjaya dgn sekali attempt. Subsequent to that, another friends was approached by Dr. Hafiz & Dr. Aisyah sebab dia org tak dpt anak lepas 8 tahun kawin. Selepas pakai and consume product yg disyorkan secara consistent, alhamdulillah dia pregnant and dpt anak pertama dan then a year later second daughter plak. Saya faham sgt keinginan untuk jadi ibu sebab saya pernah berada dalam keadaan itu, so jika nak mencuba, please let me know so that I boleh kenalkan dgn Dr. Aisyah & Dr. Hafiz (husband & wife). Wasalam.

      Delete
    3. Boleh juga..can u gv me their contact number?n dari
      hospital mana?

      Delete
    4. Bole tak bg contact doc tu..detail...contact sy..fb.. (fiey mohd jali)..terimakasih sgt.

      Delete
  26. saya dh nak masuk 5 tahun kahwin..thn lps saya kena operate sbb endometriosis stage 4..doc syorkan buat ivf..skrg dlm proses nak buat ivf..minta2 smuanya bjalan lancar..

    ReplyDelete
  27. Saya dah 2x wat pmbdhan buang tiub flo coz luar rahim.. hanya Allah saje yg tau mcm mne peritnya tp sy redha n brsyukur amat pd Allah s.w.t kerana mgurniakn anak pd sy n suami wlpun bkn dr benih sndiri.. Skrg tgh kmpul duit utk ivf hrap sgala urusan dpermudhkn Allah..

    ReplyDelete
  28. Salam wat sume..Sy di sahkn mgndg stlh 5taun brkhwin tp nsib x myblahi 2x wat pmbedhan buang tiub flo coz luar rhim hanya Allah je yg tau btapa perit knytaan tu..tp sy redha malh brsyukur amat pd Nya coz mgurniakn anak pd sy n suami wlupun bkn dr benih sndri..tp rezki tu dtg dri Dia jua..skrg ni tgh kmpul duit utk ivf..moga Allah mpermdhkn sgala urusan..

    ReplyDelete
  29. Salam semua. Tadi semasa masa terbaca comment tentang couple yg dapat anak kembar 3 via IVF di Harian Metro, saya terus surf net and terbaca la blog ni. Kawan sekerja saya kehilangan satu fallopian tube ketika operation cyst dan disebabkan itu dia tak boleh nak dpt anak. Akhirnya dgn menggunakan kaedah IVF dia berjaya dpt anak. Kosnya agak mahal jugak la. Tapi duit boleh dicari kan.....tetapi ada ramai org yg kurang mampu dan tidak mempunyai masalah pun sukar mendapat anak. Namun demikian, bila saya bertemu dgn Dr Hafiz & Dr. Aisyah and mendgr penjelasan mereka yg juga effektif untuk mendpt zuriat. 80% client mereka yg cuba mendpt zuriat bertahun2x tetapi bila menggunakan product yg mereka syorkan, akhirnya berjaya mendpt anak and pada yg sakit umpama cyst or fibroid boleh hilang tanpa perlu di operate. Saya cuma syorkan saja jika ada sesiapa yg benar2x ingin mendpt anak tetapi kurang mampu untuk proses IVF, cuba lah. InsyaAllah....dan percayalah ALLAH tidak zalim pada hambanya yg berusaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... dr hafiz n dr aisyah ada kat mn? blh bagi detail x lokasi dorang. kalau ada fon lg bagus... pls.. sy ada cyst.. ni dh tumbuh kali ke 3. kalau blh xnk operation lg. dh xlarat nk tebuk perut ni. sy juga blm ada zuriat. dh 3thn setgh sy kahwin... pls bg info ttg doktor tu.

      Delete
    2. salam..saya sudah 6 taun kawen tapi tak de rezeki tuk ada cahaya mata...2009 pernah mengandung 7 bulan tapi baby meninggal dalam perut then till now tak pregnent2..tolong bagi info Dr Hafiz& Dr Aisyah tuh...thanks...

      Delete
    3. Bleh sy daptkan info dr Hafiz & dr aisyah

      Delete
  30. Salam semua. Tadi semasa masa terbaca comment tentang couple yg dapat anak kembar 3 via IVF di Harian Metro, saya terus surf net and terbaca la blog ni. Kawan sekerja saya kehilangan satu fallopian tube ketika operation cyst dan disebabkan itu dia tak boleh nak dpt anak. Akhirnya dgn menggunakan kaedah IVF dia berjaya dpt anak. Kosnya agak mahal jugak la. Tapi duit boleh dicari kan.....tetapi ada ramai org yg kurang mampu dan tidak mempunyai masalah pun sukar mendapat anak. Namun demikian, bila saya bertemu dgn Dr Hafiz & Dr. Aisyah and mendgr penjelasan mereka yg juga effektif untuk mendpt zuriat. 80% client mereka yg cuba mendpt zuriat bertahun2x tetapi bila menggunakan product yg mereka syorkan, akhirnya berjaya mendpt anak and pada yg sakit umpama cyst or fibroid boleh hilang tanpa perlu di operate. Saya cuma syorkan saja jika ada sesiapa yg benar2x ingin mendpt anak tetapi kurang mampu untuk proses IVF, cuba lah. InsyaAllah....dan percayalah ALLAH tidak zalim pada hambanya yg berusaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kenal kan saya pada dr.aisyah tu?? saya tinggal di johor, so rasanya untuk ulang alik ker HUKM agak jauh..
      rahmah.asraf@gmail.com

      Delete
    2. Bole tak bg contact doc tu..detail...contact sy..fb.. (fiey mohd jali)..terimakasih sgt.

      Delete
  31. Assalam semua........saya baru lepas ambik telur untuk proses ivf pagi ni.....ini kali ketiga saya buat ivf.....yg dulu tu dua2 gagal......yg ni tadi dr kata cuma dapat tiga telur tapi kualiti tak berapa bagus...mungkin faktor usia sbb saya dah nak maduk 40 tahun ni.....bila dengar kualiti telur tak berapa bagus hati saya jadi sedih.....rasa macam tak berjaya juga kali ni.....ada tak sesiapa yg buat ivf kualiti telur tak berapa bagus tapi berjaya buat ivf?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semasa buat IVF, usia Kakak pun dah masuk 40. Semoga Ladymar bersabar dan cuba tanya doktor cara yang lebih efektif untuk suburkan telur. Ikut arahan doktor dengan tepat dan insya Allah semuanya dipermudahkan.

      Delete
  32. salam..tq kerana bg info..blh bg fon no DR. HAFIZ & DR. AISYAH? terima kasih atas bantuan..

    ReplyDelete
  33. Salam kak Rohanita. Saya berminat nak tahu produk yang digunakan. Untuk makluman akak, saya dah cuba banyak program kehamilan tapi nampaknya tidak berhasil. Saya berhajat nak buat melalui kaedah moden tapi bila membaca banyak testimonial dari kawan-kawan saya jadi takut (takut jadi bahan eksperimen). Saya telah berkahwin selama 9 tahun. Kali pertama saya gugur, menunggu 3 tahun dan alhamdulillah dikurniakan seorang cahaya mata yang sekarang dah berusia 7 tahun (selepas menggunakan produk Biodara dan perubatan secara tradisional). Kalau boleh saya nak mengandung lagi. Kalau tak ada pun sekurang-kurangnya kita dah mencuba.

    Bagi kawan2 yang mengalami masalah rahim terbalik tu saya cadangkan buat urutan. Cuma masa buat urutan tu kena berhati-hati supaya orang yang mengurut tu betul2 tau mengurut. Nanti lain pulak jadinya. Sebab sebelum saya dapat anak yang 1st tu pun rahim saya terbalik (kita sendiri sebenarnya boleh rasa rahim kita terbalik atau tidak). Buat kawan2 yang sedang mencuba saya doakan semoga berjaya (tambah2 di bulan yang baik ini). Saya pun bercadang menuju ke kaedah IVF sekiranya masih belum ada apa-apa perkembangan. Sedang mengumpul maklumat berkenaan IVF.

    Aminnnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu dik. Kalau kita dah mencuba, serakan segalanya kepada yang berkuasa.

      Delete
  34. Terima kasih berkongsi. Semoga apa yang adik lakukan telah berjaya.

    ReplyDelete
  35. Semoga Rohanita dapat membantu memberikan nombor telefon Dr Hafiz & Dr Aisyah untuk membantu rakan-rakan di sini.

    ReplyDelete
  36. Salam ukhwah.... Saya amat terharu bila baca komen rakan2 sekalian. Hanya Allah dan kt saja tahu naluri dan keinginan menimang zuriat sendiri.kdg2 rasa cemburu melihat org lain..alhmdulillah Allah masih memberi kt ketabahan. Saya pun mengalami nasib yg sama.pelbg kaedah dah digunakan.sehingga doktor mengsyorkan membuat ivf.mslh sy ialah suami di mana sperm normal ttp tdk bergerak ke depan.cuma bgerak setempat.thats y tdk dpt dsenyawakan.bulan dpn sy akan menjalani ivf...doktor mngesahkan saya tiada mslh... Semoga Allah memberikan rezeki....aminnn...doakan kejayaan kami.

    ReplyDelete
  37. Salam kak..

    Terima kasih sudi berkongsi cerita..sy sudah berkahwin 11 thn..tidak pernah hamil apatah lg keguguran..dulu sy ingat sy sorang je yg berkahwin lama tp masih belum ada zuriat..

    Sudah 2 kali menunaikan umrah, tetapi rezeki zuriat belum memihak kpd sy..Selalu terpk aku salah sy, kurangnya sy, jahatnya sy sehingga begini diuji..terima kasih atas blog kakak..

    ReplyDelete
  38. Sebagai wanita pastinya inginkan zuriat. Semoga kita semua tabah dalam menghadapi ujian kerana kita sering tidak nampak rahmat disebalik ujian yang diberikan kepada kita. Tahniah kepada anda yang begitu tabah.

    ReplyDelete
  39. Seronok baca cerita rakan2. Sy x prnah trfikir utk mgandung smula dlm usia dah 41 thn. Dah ada 3 anak dr prkahwinan dulu & setelah hmpir 4 thn mnjd ibu tunggal, hati sy trbuka utk menerima org baru dlm hdup sy. Bakal suami msh brstatus bujang & sy tlh brterus terang ttg keadaan sy yg x boleh hamil dgn kaedah normal disbbkan tlh BTL ekoran hypertension d ke3-3 kehamilan. Rasa bersalah bila mgenangkn keadaan sy yg dah BTL. W/p bakal suami menerima sy seadanya, sy tetap bimbang andai kasihnya bakal bralih arah. & sy sgup berkorban wang ringgit selepas nikah utk mghadiahkan seorg anak kpdnya...& IVF akan mnjd medan juang kami...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga mempunyai cerita yg sama mcm awak. Berkahwin semula selepas 4 tahun bergelar ibu tunggal. Sekarang berusia 41 thn, suami bujang. Sangat terdesak utk mengandung lagi. Keluarga suami dah mula bersok sek kat belakang bila saya masih belum mengandung selepas dah setahun lebih berkahwin sedangkan sepupu suami yg berkahwin lewat dari kami dah dapat baby hujung bulan lepas, tapi ye lah mereka pasangan muda. Suami dah mula hilang kesabaran dan kadang2 terlepas cakap yg dia bakal berkahwin lagi sekiranya saya tak berjaya memberikannya zuriat. Masa sebelum kahwin kata tak kisah dan faham dgn keadaan saya yg berumur tapi sekrg akibat tekanan orang-orang sekeliling, suami dah mula berubah. Sedih kan?? Doakan saya kawan2 supaya saya dapat mengandung lagi

      Delete
  40. Alhamdulilah...dpt degar ramai yg berjaya dgn ivf...sya dh 35thn sya dlm proses menjalani ivf , ujung bln ni sya akan mulakan proses suntikkan,, harap segalanya berjalan lancar dn berjaya amin...tpi sya musykil lak kenapa skrg ni sya kena ambil gynera lak sedangkn itu pil perancang kn, mmg mcmtu ke

    ReplyDelete
  41. Alhamdulilah...dpt degar ramai yg berjaya dgn ivf...sya dh 35thn sya dlm proses menjalani ivf , ujung bln ni sya akan mulakan proses suntikkan,, harap segalanya berjalan lancar dn berjaya amin...tpi sya musykil lak kenapa skrg ni sya kena ambil gynera lak sedangkn itu pil perancang kn, mmg mcmtu ke

    ReplyDelete
  42. Alhamdullilah..minggu nie saya akan pergi untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam proses IVF. Dengan usaha ini saya berharap agar Allah swt memberi keizinannya..InsyaAllah setiap yang berusaha pasti akan dapat ganjarannya...

    ReplyDelete
  43. salam semua..baru t'jumpe forum nie...rupe'y ramai lg wanita yg senasib dgn sy..bila berada d cni sy rs,sy tdk keseorangan..sy dah 4thn lbh b'rmh tangga..da melalui iui 4x,tp mgkn ALLAH ada rancangan utk kami suami isteri..kesemua ujian iui kami gagal..sampai 1 tahap sy terasa b'putus asa..tp bila melihat org sekeliling m'punyai zuriat sndr,ht sy t;sentuh..bila la agk'y sy akan merasai pengalaman spt wanita lain...ivf dlm p'timbangan... doa'n sy dpt mengandung secara normal yer kwn2..

    ReplyDelete
  44. In shaa Allah. Semoga dipermudah dan diperkenankan hasrat tersebut.

    ReplyDelete
  45. Visit this blog...ada cerita tentang my journey towards motherhood..sharing is caring...blog kembara srikandi- www.acusrikandi.blogspot.com

    ReplyDelete
  46. Alhamdullilah..betapa besarnya ketentuan darinya...doakan saya berjaya dengan rawatan ivf ini. Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai bella..nak tnya..awk buat IVF dimana?n berapa lama masa yg d ambil strt drpd apoinmnt ptama hinga bejaya?

      Delete
  47. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  48. Assalamu'alaikum..Alhamdulillah..rezeki akak..kuat akak.kak nk tnye sikit..akak..bole share tak..strt drpd 1st appoinmnt sampi IVF dijalankan.ambil masa berapa lama ek kak?

    ReplyDelete
  49. Akak..bole kongsi dgn sy..sy nak tau proses akak..

    ReplyDelete
  50. Waalaikumsalam. In shaa Allah, kakak akan cuba kongsikan. Prosesnya tidak lama. Dalam masa sebulan lebih sahaja.

    ReplyDelete
  51. Join group whtsapp ttc kami. Do contact me. 0122193870. Ika.

    ReplyDelete
  52. Saya dalam proses suntikan untuk IVF. Doakan saya berjaya

    ReplyDelete
  53. Boleh tak kwn2 cite mcm ner prosrder menjalani rawtn iui

    ReplyDelete
  54. salam. saya juga senasib dengan saudari di atas..pernah menjalani rawatan ivf pada tahun 2012 tpi sayangnya kandungan hanya bertahan smpai 2bulan stngah je. Sedih xterkira masatu sbb usaha dan harapan tidak menjadi. Bila fikirkan balik, tak salah kalau kita berusaha dan selebihnya bertawakkal kepada Allah.Insyallah saya akan kembali jalani rawatan utk kali ke2. Doakan kejayaan saya untuk hamil lagi..Semoga Allah memberkati usaha ini.

    ReplyDelete
  55. Salam.. sypun sdg dlm rawatan ivf.. mula mmg takut sgt sb byk jarum kna inject. Alhamdulillah suami faham n sokong sepenuhnya. Dia yg tlg inject tiap hr. Skrg tgh tgu first period tuk dapatkn appointmen sterusnya.. boleh tk rakan2 yg bjya share apa pantang larang or tips2 utk berjya ivf ni. Cthnya aktiviti harian, pemakanan n sbgainya... utk makluman kami dua2 normal tp tak lekat2 da 2 tahun kwin.. doakan kejayaan kami ye kwn2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Semoga adik-adik berjaya dalam rawatan. Biasanya kena relax dan jangan buat aktiviti terlalu lasak terutama 3 bulan pertama.

      Delete
  56. Salam...kak sy br lps wt oprtion ectopic.. 2 kali da kene ectopic, yg 1st tiub belah kiri da kene buang, 2nd time tiub belah kanan..tp doc buang sparuh je tiub belah belah kanan... tp dockate x blh mnganfung secara normal gak... kalau guna IUI pn x selamat... IVF je yg boleh... tp sy takut nk stat ivf...dgn kos yg tggi...takut x jd....mcm mn ye kak...sy btul2 risau...

    ReplyDelete
  57. Assalamualaikum... mungkin saya pembaca lelaki disini. Hari ini baru ambil ubat suntik puregon untuk wife di HUKM. kegunaan hari ke 6 sehingga ke 10. Kemudian akan buat scan. Harap dapat telur yang berkualiti bagi ivf. Kami pasangan 10 tahun berkahwin dan telah 8 kali buat iui. Doakan kami berjaya (dengan izin Allah). Walaupun saya bagi semangat pada isteri.. tapi dalam hati tetap gementar itu yang saya cari juga maklumat tambahan.

    ReplyDelete
  58. Slm..
    Terharu baca comment rakan2 senasib dgn sy. Sy hampir 10thn berkahwin, umur 35thn, bercadang buat ivf bln dpn. Skrg Dr bagi ubat utk cycle programming period utk tetapkan cycle period. Sy dh 2X buat laps, laparotomy betulkan retrovert uterus dan sekali iui. Skrg sy amalkan makanan sunnah sbb sgt percaya pd khasiatnye yg tertulis dlm Al Quran. Sy sgt positive sekiranya Allah telah tulis dlm Luh Mahfuz sy berjaya dgn kaedah ivf, takdir itu akan berlaku juga. Begitu juga sebaliknya. Semoga rakan2 senasib dgn sy bersabar dgn ketentuan Allah, bersangka baik denganNya, kerana Allah merupakan perancang terbaik untuk kita. InsyaAllah. Sy doakan kita semua sentiasa sabar dan terus berusaha :)

    ReplyDelete
  59. Alhamdullillah... sy nama sy naik awal que utk ivf di HBKL.. kos lebih kurang rm4300... sy menunggu period kedua bulan ni utk mula inject ubat 7hari.. proses di HKL dari mula2 dtg checkup hgga proses ivf ambil masa setahun.. yg mana sepatutnya 2tahun.. alhamdullillah syukur dpt buat awal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berkahwin hampir 10 tahun,,pernah gugur dua kali..baru2 ni saya menjalani operation di bahagian rahim krn endometriosis saya dah merebak ke bahagian rahim,doktor mencadangkan saya agar membuang tisu yang bengkak di bahagian rahim, pembedahan telah berjaya dan saya setiap bulan akan ke hukm utk rwtn susulan sblm melakukan ivf pada hujung tahun
      ini juga. Doakan saya berjaya ye kawan2....

      Delete
  60. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  61. Kamehameha:
    Kalau mcm kes puan,kali pertama tak brjaya buat IVF kan. Kali ke 2 buat lagi. Yang ke 2 kena bayar lagi ke kak? Tq

    ReplyDelete
  62. Assalam kak.. Sy pernah mngdung luar rahim 1999.. Pd thun 2000 sy dpt baby boy tp xckup bln.. Sy kerap keguguran.. 2003 sy dpt baby girl lahir scra pbedahan sbb big baby 4.8kg.. 2007 sy hamil lg tp ank sy xde sel otak hanya cecair mbuat baby sy (kple besar hnya hidup 23 hari lahir secara pbedahan) 2010 sy lahir baby boy scara pbedahan..xckup bulan sbb baby sy hmpir lepas kurang air ketuban.. Nk jdkn cerita bekas suami sy sign surat ikat tiub fallapio tnpa pngetahuan sy.. Ape yg pasti mse pbedahan lahir ank no 4 doktor hnya bg tahu sy tiub kanan sy telah dipotong n tiub kiri sy xjmpe.. Skrg sy telah bkawin bru. Suami inginkn zuriat. Diawal kawen kami xrasa pape sgt n trus berusaha dh msk tahun ke5 mjd tekanan pd sy biler keluarga mentua jd kn sy bhan gelak n kutukkn.. Sy dlm delima sgt2.. Tlah byk sy ikhtiar semua hampa.. Sy percaya ape blaku ada hikmahnya.. Bila sy bersuara jln terakhir untuk ivf.. Suami sy perlekehkan sy..

    ReplyDelete
  63. Sy sdh kawen tt3y..masalah sy sebelah ovari bengkak dan masalah suami adalah sperma tdk berapa subur hnya ada 17% saja...smpai kan nk berkumpul ngan famly suami pun sy terasa biar pun dorg x kata apa2 tp terasa la sbb ipar duai semua tiap2 mengandung tp brckp x in x bukan pasal kandungan n anak....mmg terterasa sgt dan terhina sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp doc kata kalo nk mgandung tgkpada suami kesuburan nyer...sbb belah sy xde masalah tuk dptkn baby tp belah suami sbb kurang subur so skrg ni kite tgh usaha dptkan baby Sndiri ngan jmp pakar kat hkl tuk rawatan iui...semoga allah permudahkan semuamyer

      Delete
    2. Semoga dipermudahkan segala usaha.

      Delete
  64. Salam semua,sy skrg berusia 36 thn.berjaya mengandung melalui kaedah ivf.buat dia hospital swasta dgn kos lebih kurang 30k.usia anak sy nak masuk 4thn.anak lelaki yg sgt comel.Alhamdullilah..sy buat ivf dgn menggunakan personal loan..sekarang sy dlm dilema..ingin cuba buat ivf lg utk kali ke dua ke tidak.sy tiada frozen embrio.kalau nak buat ivf lagi,sy rancang utk buat personal.loan lagi..perlu ke tidak sy teruskan niat ini.

    ReplyDelete
  65. Salam semua,sy skrg berusia 36 thn.berjaya mengandung melalui kaedah ivf.buat dia hospital swasta dgn kos lebih kurang 30k.usia anak sy nak masuk 4thn.anak lelaki yg sgt comel.Alhamdullilah..sy buat ivf dgn menggunakan personal loan..sekarang sy dlm dilema..ingin cuba buat ivf lg utk kali ke dua ke tidak.sy tiada frozen embrio.kalau nak buat ivf lagi,sy rancang utk buat personal.loan lagi..perlu ke tidak sy teruskan niat ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pikachu, biasanya kalau buat ivf semula tanpa frozen embrio, kosnya sama macam buat ivf kali pertama. Jika kita mampu, tak salah mencuba. Dalam kes ini, terpulanglah, memang semua orang inginkan anak-anak yang meemriahkan keluarga. Namun, adik dah ada zuriat sendiri. Tak kira berapa pun bilangan anak kita, asalkan kita dapat mendidik mereka menjadi manusia beriman dan berguna, bagi kakak itu sudah mencukupi.

      Delete
  66. Sebenarnya kalau kali pertama tu, kalau dapat hasilkan telur yang subur, boleh simpan lagi untuk proses ke-2 atau seterusnya. Namun, memang kena bayar untuk proses pesenyawaan dan pemindahan embrio yang telah disenyawakan itu. Kalau tak ada telur yang disimpan, memang kena bayar macam buat proses pertama kali.

    ReplyDelete