Saturday, August 15, 2009

Mari mencuci


Sudah lama saya tidak membaca dan membalas email. Lagipun, sekarang jarang berurusan melalui email. Dengan sms lebih mudah dan cepat. Namun ada juga urusan yang tidak boleh dilakukan melalui sms. Tadi saya pun mengambil masa yag lama untuk membaca dan mengemaskinikan kota email saya. Justeru, saya sekadar mahu berkongsi email yang dihantar kepada saya iaitu Motivasi Datuk Dr Haji Fadilah Kamsah.

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya... ....(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan..

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat..

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut....dsb) , jangan dengar orang mengumpat..

"sampaikanlah pesanan yang baik walaupun 1 ayat….. "


3 comments:

  1. Alhamdulillah, info yang bagus. Ada persamaan dengan blog saya.

    http://www.faridrashidi.com/2009/08/14/mereka-berjuang-untuk-hidup/

    ReplyDelete
  2. syukran jazilan kak...byk info berguna utk kegunaan bersama...salam ramadhan..

    ReplyDelete
  3. Farid,
    Dalia,
    Terima kasih sudi berkunjung.
    Insya Allah, marilah sama-sama berkongsi sesuatu yang boleh kita gunakan bersama.
    Salam ramadhan...

    ReplyDelete