Thursday, August 27, 2009

Anda penghidap Polyscystic Ovaries?


Saya ingin berkongsi tentang Polycystic Ovaries (PCO) dan simptom-simptonnya yang saya dapati daripada Komuniti Hamid Arshat Dot Com. Saya berpendapat, perlu berkongsi maklumat ini supaya sesiapa yang mengalami masalah ini menyedari bahawa merawatnya dengan segera kerana sindrom ini boleh menyebabkan seseorang itu sukar untuk mendapatkan anak (mengandung).


Polcystic Ovaries atau PCO adalah sejenis sindrom yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk mengandung. Sindrom ini boleh menyebabkan mereka sukar untuk menghasilkan telur yang elok yang dapat dilepaskan ke dalam salur fallopian, seterusnya ke rahim.

Ia membesar tetapi ia tidak matang(masak). Ini bermaksud ia tidak membesar ke saiz 20mm. Kemudian ia tidak dilepaskan oleh kilang ovari masuk ke dalam fallopian tiub iaitu tangan rahim. Seterusnya ia kecut dan karung itu kemudian bengkak dipenuhi air dan menjadi cyst. Sindrom PCO ini dikatakan bermula dengan paras hormon yang tidak seimbang di dalam badan. Ia juga selalu terjadi apabila seseorang meningkat berat badan. Terdapat juga sebilangan kecil wanita kurus mengidap PCO.

Bagaimana Hendak Mengenali Anda Penghidap Simptom PCO

1. Kelewatan datang haid
2. Haid yang jarang datang
3. Darah haid yang keluar sedikit dan berwarna kecoklatan
4. Adakalanya darah haid keluar banyak sehingga berketul-ketul dan menyebabkan cramping.
5. Kadang-kadang ada rasa sakit senggugut
6. Badan yang gemuk
7. Badan ditumbuhi bulu seperti lelaki, di kaki, misai dan buah dada
5. Rambut tipis di kepala

Jika anda mengesaki anda ada penghidap PCO ini, cubalah makan supliment Saw Palmetto Extract yang boleh didapati di farmasi. Supliment ini biasanya digunakan untuk merawat perkencingan lelaki. Tetapi jika digunakan untuk wanita, ia boleh digunakan untuk merawat masalah hormon lelaki di dalam badan.


Rujukan :- http://www.hamidarshat.com/

2 comments:

  1. Assalamualaikum kakak,

    Saya tau mengenai penyakit ni pun melalui laman web Hamid Arshad.com jugak,dan saya dah pun buat pembedahan tu....tapi nampaknya masih belum ada tanda2 untuk hamil lagi,tapi tanda2 PCO memang tak berubah...:)

    ReplyDelete
  2. rerama salju,
    Dah cuba ke makan supliment yang disarankan tu?

    ReplyDelete