Thursday, April 16, 2009

Bicaralah duhai anak

Si Kecil saya telah riuh mulutnya walaupun butir bicaranya tidak saya fahami kecuali bila dia menuturkan perkataan 'mamam' setiap kali ternampak bekas makanan. Tak sabar rasanya untuk mendengar dia mula bertutur.

Sewaktu membelek-belek sebuah majalah lama, saya terjumpa artikel tentang tips untuk membantu anak bertutur. Antaranya:
1) berkomunikasi dengan anak2 dari bayi @ waktu mereka belum pandai bercakap.
2) menggunakan ayat yg pendek dah mudah
3) menggunakan mimik muka dan bahasa badan yang sesuai untuk menyampaikan sesuatu maksud perbuatan @ ayat untuk membolehkan kita membantu anak2 faham akan apa yang disampaikan.
4) selalu luangkan masa membaca buku @ bercerita kepada mereka.
5) mengemukakan soalan, arahan, memperkenalkan perkataan baru dan bercakap dengannya dalam aktiviti harian
6) cuba beri perhatian, dengar dan cuba fahami apa yang cuba hendak disampaikan
7) cuba bantu dgn cara menyebut beberapa perkataan yang mungkin cuba disebut oleh si kecil
8) nyanyi bersama selain bercerita kepadanya
Sumber: Aniqah (Julai 08)

***Tertanya juga diri ini, mampukah saya melakukannya. Apapun, insya Allah, ilmu ini mungkin boleh saya jadikan panduan


5 comments:

  1. Salam Kakak,
    sekarang mmg si kecil tak boleh bercakap tapi dia sedang rakam apa2 yg didengar dan disimpan sebgai vocabulary. perkembangan seseorang kanak2 juga tak sama.
    nanti dia dah boleh cakap Kakak pulak yg tak larat layan hehehe

    ReplyDelete
  2. Thanks kak ja..
    Cikgu Wan, terima kasih maklumat yg diberi. betul tu, sekarang tak sabar nak dgr dia cakap, nanti kalau dah byk sgt cakap, tak tahulah boleh layan ke tak.

    ReplyDelete
  3. kakak bestnya... anak kakak dah pandai cakap... anak saya yg kecik masih lagi bercakap german yg tahu hanya babah, mummy, tatak(kakak), ngah(abg ngah), nenek,tuk , bibik(utk pembantu kami).. yg lain kadang2 payah memahami maksudnya...huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. Anak kakak pun masih cakap german gak. Itu yg kakak kata mulutnya riuh tu. Yg boleh kakak tangkap ialah 'mamam' je, sbb dia ni kalau pasal makan, tak boleh lewat! Skrg ni mmg mulutnya bising. Kakak layan ajelah..

    ReplyDelete