Monday, April 13, 2009

Ke Majlis Kenduri Aqiqah dan Cukur Jambul


Semalam saya ke majlis cukur jambul anak 'S' yang saya ceritakan dalam entri ini. Saya sampai agak lewat dalam hujan lebat. Tak dapat datang awal kerana dari pagi tak sihat, bimbang pula nak memandu sendirian. Kena juga tunggu cik abang yang pulang lewat kerana ada lecture untuk pelajar luar kampus dari Singapura. Tetapi demi memenuhi undangan, saya dan keluarga sampai juga walaupun kebanyakan saudara-mara dah habis pulang. Dan cuma dapat tengok khemah yang hampir separuh berkemas. Cuma yang seronoknya, dapat berbual panjang kerana tuan rumah dah tak sibuk melayan tetamu. Si kecil yang diraikan pula nyenyak tidur, penat agaknya.

Sampai lewat, jadi tak ada chance nak cukur jambul. Lagipun si kecil ni tak ada jambul pun!


Seronok tengok anak 'S' Dah besar. Tengok tu, kalau banding masa saya menziarahinya semasa baru lahir dulu, jauh bezanya. Macam baby saya dulu yang 'halus' semasa lahir, kini bukan main semangat sebab asyik nak 'mamam' bila bangun tidur. Anak 'S' pun nampaknya sihat dan semakin tegap badannya.

Masa saya pulang ke rumah, hujan masih lebat. Walaupun hujan, tak terasa sejuk sebab badan dah dipanaskan oleh kari dan rendang kambing yang lazat. Walaupun lewat, masih merasa juga makan lauk kenduri.

No comments:

Post a Comment