Tuesday, May 5, 2009

Cuaca dan kesihatan

Baru-baru ini saya terbaca dalam sebuah akhbar tempatan yang melaporkan cuaca panas di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Ada juga diingatkan agar warga emas dan kanak-kanak diminta mengelakkan daripada banyak elakukan aktiviti di luar rumah. Selain itu, adalah digalakkan supaya meminum banyak air untuk mengelakkan tubuh daripada kehilangan air.
Sejak malam Ahad lagi Si Kecil saya demam. Agak membimbangkan kerana panasnya yang turun naik. Kalau zaman dahulu, kalau demam dilarang mandi, tetapi sekarang doktor nasihatkan supaya bila suhu badan mencapai 38 darjah celcius, mandikan sahaja kanak-kanak tersebut untuk mengimbangi suhu badannya.
Pagi tadi, sekali lagi saya membawanya ke klinik pakar kanak-kanak. Ini kali ke-2 saya membawanya ke klinik kerana saya amat bimbang dengan impak demam panas terhadap kanak-kanak.


Kali pertama, tengah malam Ahad iaitu 3 hari lepas, sebaik menyedari suhu badannya agak panas daripada biasa. Semasa sampai di klinik pakar kanak-kanak itu tadi, punyalah ramai orang. Hampir 2 jam lebih saya menunggu giliran. Doktor itu menyatakan bahawa sekarang ini memang sangat ramai kanak-kanak yang menghidapi demam panas. Hari ini pula, saya bertanyakan doktor tentang panas badannya yang asyik turun naik itu. Pagi ok, malam panas sangat.
Doktor menasihati saya membenarkan Si Kecil itu menjalani ujian darah untuk mengesan puncanya. Saya menurut sahaja. Keputusan ujian menunjukkan ada sedikit jangkitan kuman namun tidak begitu serius dan doktor memberikan dua jenis ubat demam dan antibiotik. Alhamdulillah, malam ini Si Kecil saya nampaknya tidur lena dan semenjak pulang daripada klinik tadi, suhu badannya terkawal.
Kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil, elakkan anak anda terdedah di tempat orang ramai dan terdedah pada cahaya.

3 comments:

  1. Kat Kedah ni, kalau tak ujan lebat, panasnya terik bangat.. very extreme weather.. Kja yg mmg kuat minum air ni pun ttp le kena toncillitis.. Masih dok ambik antibiotics..

    Semoga Si Kecil cpt sihat.. Kakak pun jaga kesihatan bebaik, k? Dgn anak kecik ni, kita can't afford utk jatuh sakit..

    ReplyDelete
  2. Salam kakak,

    Musim panas ni jaga kesihatan lebih sikit ya...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kak ja dan Nda,
    Semoga Kak ja dan Nda pun sihat dalam keadaan cuaca yang tak menentu ni.

    ReplyDelete