Monday, July 27, 2009

Serupa tapi tak sama

Hari ini hanya tinggal di rumah. Memasak dan mengemas. Membaca dan menjawab e-mail yang dah lama tak dijawab.

Teringat nak berkongsi cerita ini. Mungkin ada yang pernah membacanya, tapi kalau dah bacapun bacalah sekali lagi. hehehe..


Seorang teman bertanyakan saya apa beza duit RM 50 dengan RM 1.
Jawab saya, "Tentulah nilainya."

Lalu dia pun mula bercerita:-

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit;
Duit seringgit bertanya:
"Oit, lama tak nampak, mana kau pergi?
Duit lima puluh ringgit pun menjawab:
"Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tengok bola, naik STAR Cruise, pergi Kota Kinabalu naik Air Asia, lepak di One Utama, tengok konsert AF, Malaysian Idol, tempat-tempat macam tu lah. Eh, kau macam mana pula?"
Duit seringgit menjawab seraya menunduk,
"Hmm...biasalah, balik-balik tempat yang sama.....SURAU......., MASJID....., SURAU......"

p/s Betulkah nilai wang seringgit hanya di surau dan masjid sahaja. Kalau tak ada seringgit, tentu tak cukup lima ringgit. Apa pun nilai wang tersebut yang penting keikhlasan. Kalau memberi banyak hanya untuk menunjuk-nunjuk pun tak berguna juga. Tetapi kalau ada, apa salahnya memberikan lebih untuk membantu ke jalan kebajikan.

Selamat memberi dan menerima.

4 comments:

  1. Tak pe laa... seringgit tu bila dikumpul, lama2 jadi berpuluh2 ringgit jugak... :)

    ReplyDelete
  2. Betul tu Tie.
    Kalau tak, tak ada pulak perpatah "Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit."

    ReplyDelete
  3. Salam kakak,

    Apa khabar?Lama saya tak dtg...macam2 hal lah kak...

    Tapi mmg betul kak,Dalam banyak2 perkara,sebenarnya KEIKHLASAN itulah yang sukar dicari....

    ReplyDelete
  4. @rerama salju
    Alhamdulillah, sihat.
    Semoga Nda juga sihat dan segalanya okay. Kakak pun belakangan ni nak update pun susah, terpaksa bagi prioriti pada hal lain dulu.

    ReplyDelete