Monday, December 14, 2009

Hari yang berlalu

Lama sungguh saya tak update blog. Terima kasih pada blogger-blogger yang masih setia mengunjungi blog saya. Saya sungguh tidak sabar untuk mengunjungi blog-blog lain untuk berkongsi pelbagai cerita yang menarik. Sepanjang bulan November, begitu sibuk dengan si kecil saya yang demam hampir dua minggu. Risau juga, tetapi setelah berjumpa doktor pakar dan disahkan tiada apa-apa yang serius, barulah lega rasanya.

Pada penghujung November, saya sempat membawa anak-anak bercuti sebagai hadiah kepada si abang yang menunjukkan peningkatan yang membanggakan dalam pepriksaan tahun. Selepas itu, sibuk dengan majlis kenduri dan majlis berkhatan si abang.

Sepanjang menjaga si abang yang lepas berkhatan hingga sembus sepenuhnya, memang tak letih dengan kerenah dia yang tak reti duduk diam. Dah tu, memang manja. Sakit sikit pun bising aje yang lebih. Kena sabar ajalah. Nasib baik encik suami sanggup bercuti untuk menjaganya sama.

Sepanjang bulan Disember ini, seperti biasa, banyak betul majlis kenduri. Hampir setiap minggu tidak pernah sunyi dengan nasi minyak dan bunga telur. Selepas ini, berderet lagi majlis yang terpaksa dihadiri sehinggakan kadag-kala terpaksa berbahagi majlis dengan encik suami.

8 comments:

  1. Selamat kembali, kakak.. lama tak baca kisah kakak..

    Wah.. sibuk dengan kenduri, ya... alhamdulillah.. rezeki tu :)

    ReplyDelete
  2. Hello Kaka, I love your callsign, 'Permata Hati'. Thogh regret my bahasa sebelum Merdeka not sure what it means. Something to do with a heart, I guess.
    You keep well and have a nice day, Lee.

    ReplyDelete
  3. welcome back kakak...

    jemput datang ke teratak ain nanti ya...

    ReplyDelete
  4. Saya balik malaysia baru ni pun banyak jemputan kenduri.. sampai ada yang tak sempat pergi.

    ReplyDelete
  5. @Tie,
    Sibuk betul, tapi itu kan alasan biasa je..
    Memang lama tak update. Banyak sangat aktiviti nak dilakukan.

    @Uncle Lee...
    Permata Hati reffer to my beloved and the main point i started this blog to dedicate it to him.

    @Ain
    Insya Allah..ada kesempatan memang banyak blog dilawati walaupun kadangkala tak sempat nak komen.

    @Farid,
    Memang banyak sangat kenduri dan sedaya upaya cuba untuk memenuhi semua undangan.

    ReplyDelete
  6. akak..alhamdulilah anak akak dah kembali sihat..memang risau if anak xsihatkan..

    ReplyDelete