Saya sungguh memahami perasaan mereka yang senasib dengan saya suatu ketika dahulu sebagaimana yang pernah saya ceritakan dalam entri ini. Saya berharap mereka terus menjadi wanita yang tabah
dan tidak mengenal putus asa. Hidup ini memang satu perjuangan. Dalam dunia perubatan yang semakin berkembang, banyak kemudahan dan peluang yang terbuka luas buat golongan seperti kita. Juga, teruskan berdoa dan mengharap kepada Allah yang maha berkuasa kerana tiada siapa yang boleh menandingi kehebatanNya.
Membaca luahan perasaan insan wanita yang istimewa ini, saya berazam untuk terus berkongsi pendapat, pengalaman, pengetahuan yang sedikit itu agar mereka yang senasib dengan saya ini turut dianugerahi permata dalam kehidupan mereka. Mungkin selama ini saya lalai dengan anugerah yang dikurniakan olehNya. Saya berharap akan terus diberikan kekuatan dan kesempatan masa untuk berkongsi, sekurang-kurangnya berkongsi perasaan dengan semua wanita istimewa yang ada di sekeliling saya, walaupun tanpa bersua wajah.