Pagi itu Kakak lihat kawan Kakak ini muram sangat wajahnya. Kakak tanya dia, kenapa dia kelihatan tidak bermaya. Akhirnya, dia bercerita tentang sebab kemuramannya itu.
Sebenarnya dia baru sahaja mendirikan rumah tangga pada tahun lepas. Kini usia perkahwinannya mencecah setahun. Sepatutnya dia berasa gembira kerana baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan bersama suami tercinta, namun dia berasa sedih kerana dia masih belum mampu memberikan zuriat kepada suaminya. Lebih menyakitkan apabila suaminya seringkali meluahkan rasa kesal dan sering bersungut tentang kesunyiannya sebaik pulang dari pejabat. Sang suami sering mengeluh yang dia berasa tertekan kerana ada antara rakan-rakannya yang memperli bahawa dia bukan 'sharp shooter' sebab dah setahun kahwin pun isterinya masih belum lagi hamil. Suaminya rasa sangat tercabar dan sering kali hilang sabar bila dia datang haid. Suaminya seolah-olah menyalahkannya setiap kali dia gagal memberi berita gembira pada suaminya itu. Kadang-kala dia sering terasa yang suaminya seperti memberi 'hint' agar dia membenarkan suaminya 'membuka cawangan' mungkin kerana tidak tahan diajukan sindiran yang sama. Dia telah menemui doktor untuk mendapatkan pandangan tentang masalah ini. Doktor meminta suaminya datang bersama untuk membuat pemeriksaan, namun suaminya enggan dan selalu mengatakan yang dirinya normal. Hal tersebut membuatkannya berasa sedih dan binggung akan tindakan yang patut diambil.
Begitulah cerita seorang teman Kakak. Kesihan betul padanya. Sebenarnya, ramai lagi yang masih belum mempunyai rezeki setelah bertahun-tahun berkahwin tetapi masih sabar dan tetap berusaha.
p/s Sepatutnya suami perlu memberikan sokongan dan bukannya hanya tahu menyalahkan isteri sahaja. Suami pun harus sedia bertemu doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan. Bukan untuk membuktikan siapa yang patut dipersalahkan tetapi sebagai cara untuk mencari kaedah yang sesuai untuk mengatasi jika ada sebarang masalah antara pasangan tersebut. Sekarang ni dah banyak kaedah perubatan moden dan tradisional yang mungkin boleh mengatasi masalah ini. Teman-teman pula patut sedar yang zuriat itu anugerah Tuhan dan jangan menambahkan beban pasangan yang bermasalah ini dengan perlian yang tidak sewajarnya keranan anda mungkin akan menyebabkan orang lain menderita dengan apa yang anda anggap sebagai usikan sahaja. Cubalah hormati perasaan orang lain.
Mgk ego lelaki,selalu x mgaku kelemahan diri @ takut terima knyataan. Adik sy pun dah 6 thn khwin x de anak, adik ipar sy langsung x nak g doktor.
ReplyDeleteBetul tu! Kalau nak anak, dua-dua kena sama-sama jumpa doktor. Tapi, suami saya pun susah sangat kalau ajak pegi jumpa doktor.
ReplyDeletesebak membaca kisah isteri ini..sepatutnya si suami sama2 memberi kerjasama dengan si isteri. pergi hospital dan sebagainya..buang ego tu...janganlah cari alasan untuk membuka cawangan lain. Fahamilah perasaan si isteri....
ReplyDeleteSalam buat semua.
ReplyDeleteNuriman, betul tu, suami tak patut terlalu ego, tak ada gunanya.
Intan, cuba minta adik intan bincang dan pujuk suaminya baik2. Melati pun cuba terangkan pada suami tu. Ramai lelaki yang tak faham, sekarang ni bukan hya perempuan aja yang ada masalah kesuburan. Kita pergi jumpa doktor bukan untuk cari siapa yang salah, tapi untuk cari jln menyelesaikan masalah.