Tuesday, June 30, 2009

Masih Mencari

Hari ini merupakan Hari Ulang Tahun perkahwinan saya yang ke-19. Bila saya renung pada angkanya, terasa lama. Tapi, di hati, masih baru. Lagipun, kalau ada kenalan baru, pasti ingat yang saya ni baru saja mendirikan rumah tangga. Maklum sajalah, kadang-kala mereka meneka berdasarkan usia anak. Anak saya baru saja setahun jagung, sedangkan rata-rata yang dah berbelas tahun mendirikan rumah tangga, anak mereka sedang belajar di sekolah menengah. Walau bagaimanapun, saya sedar bahawa segala yang ditentukan Allah ada hikmahnya.

Saya bercadang membelikan hadiah dan kad pada minggu lepas, tetapi kesibukan pelbagai urusan dan majlis kenduri ahli keluarga, menyebabkan saya menangguhkannya. Namun sampai ke hari ini, saya masih belum mendapatkan apa-apapun untuk cik abang saya itu. Lagipun, saya masih belum memutuskan apa yang hendak saya berikan. Jarang saya beli 'last minutes'. Dah 19 kali memikirkan hadiah, tahun ini rasa buntu pulak. Saya tahu, cik abang saya tu bukannya demand sangat, tapi saya rasa, semua jenis hadiah yang logik dan yang dia mahu, dah pernah saya belikan. Kali ni rasa macam tak tahu nak hadiahkan apa pulak.

Ada sesiapa nak berikan cadangan?







Kata-kata yang ingin dimasukkan ke dalam Read More.

5 comments:

  1. Selamat ulangtahun perkahwinan ke 19...wah.. lebih lama dari usia perkahwinan Tie..

    Tie sendiri tak pernah menghadiahkan suami apa2 pun, selain dari memberi layanan luar biasa, masak sedap2.... hmm.. Tie tak bekerja..budget terhad.

    Namun yang penting, doalah untuk suami kita..agar umurnya panjang, kesihatan yang baik dan bahagia bersama kita....

    ReplyDelete
  2. Happy 19th Annivessary kakak...makin lama makin sayang kan kak?Alhamdulillah...

    As for myself,I always buy thing yang I tengok dia perlukan pada masa tu,like belt,wallet,baju,seluar etc....(sebab org laki ni,tak berapa kisah sangat nak beli about brg2 untuk diri dia ni....)

    tahniah kakak,may many more to come!

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Tie dan Nda,
    Tie...
    Layanan dan masakan yang sedap2 tu lagi lah dpt menambat hati suami, kan! Rasanya, bila suami dpt hadiah air tgn isteri dan layanan istimewa, tak ada hadiah di dunia ni dpt menandinginya kan. Kakak cari hadiah2 kecil je, tanda ingatan.

    rs...
    syukur alhamdulillah,
    makin lama, makin sayang....hehehe
    Mmg biasanya kakak cari brg yg dia perlukan. Tapi kali ni, itu yg jd masalah sbb masa cuti baru2 ni, segala mcm brg keperluan dia, dia dah lengkapkan sampai kakak rasa tak ada ruang nak belikan lg. Tapi alhamdulillah, dpt juga cari akhirnya.

    ReplyDelete
  4. Salam rejab kakak..selamat menyambut ulang tahun perkahwinan ya kakak..semoga kekal hingga ke akhir hayat amin....

    ReplyDelete
  5. Salam rejab.
    Terima kasih nuriman...

    ReplyDelete