Thursday, June 11, 2009

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit

Sedutan lagu Allahyarham P.Ramlee ini didendangkan oleh seorang pembicara yang memperkatakan tentang tips membina keluarga bahagia. Tertarik saya dengan satu daripada topik yang dibincangkan iaitu cara mengatasi kemarahan atau rasa tidak puas hati pasangan kita sama ada bagi yang sudah berkahwin ataupun sedang bercinta.


Saya tahu, kita semua pasti mengakui bahawa setiap pasangan mesti pernah mengalami pertengkaran atau perselisihan faham. Tak tahulah pulak kalau memang ada yang tak pernah langsung mengalami sebarang perselisihan? Mungkin kebanyakan kita tidak pernah mengalami perselisihan faham atau pertengkaran yang terlalu serius sehingga boleh menjadi bencana dalam perhubungan. Namun, walau sekecil manapun api sesuatu pertengkaran atau perselisihan itu, ia mesti cuba diatasi, kerana jika tidak ia mungkin boleh menjadi api yang marak dan memusnahkan sesuatu perhubungan sama ada ikatan perkahwinan ataupun percintaan. Bagaimanakah cara nak atasinya?


Saya cuba catatkan beberapa perkara yang telah diperkatakan semoga dapat dikongsi bersama.

1. Buat apa yang dia suka
Kalau pasangan kita sedang marah, pastilah ada sesuatu yang tidak menyenangkan hatinya. Jadi, cubalah fikirkan apa yang disukainya dan buatlah perkara tersebut tanpa disuruh.

2. Biarkan dia sendirian
Mungkin pasangan kita bukan merupakan seorang yang mudah dipujuk. Jadi, biarkan dia bersendirian buat seketika.

3. Tinggalkan pesanan secara bertulis
Seseorang yang sedang marah mungkin boleh mengeluarkan kata-kata yang akan melukakan hati. Oleh itu, untuk mengelakkan daripada terus bertengkar, tinggalkan pesanan secara bertulis sama ada unuk meminta maaf atau memberitahu tentang perasaan kita kepadanya.

4. Bantuan orang yang paling hampir atau disayanginya
Kita mungkin boleh meminta bantuan orang lain yang paling rapat atau yang paling disayanginya. Orang tersebut mungkin boleh menjadi orang tengah kepada masalah yang dihadapi.

5. Sediakan keperluan
Pastikan segala keperluannya disediakan seperti biasa. Hal ini boleh menyebabkan pasangan terharu atau hatinya akan menjadi lembut dan melupakan persengketaan yang dihadapi.

6. Cuba berbicara selepas satu atau dua jam
Kebiasaannya, semakin lama, darjah kemarahan akan semakin berkurangan. Cuba menangguhkan perbicaraan sewaktu masing-masing sedang marah, sebaliknya tunggu selepas beberapa ketika dan cuba berbincang semula.

Lain orang lain ragam. Kadang-kala apa yang baik untuk orang lain belum tentu baik untuk kita. Jadi pandai-pandailah menyesuaikan keadaan dengan setiap tindakan kita. Moga setiap hubungan yang terjalin akan berpanjangan dan berkekalan.

8 comments:

  1. Kalau tak bergaduh langsung pun tak best gak, kan Kakak? Tp yg penting, masing2 kena kenal pe'el the other half, dan kena ada skill utk jernihkan balik suasana..

    ReplyDelete
  2. @Kak Ja
    Kalau tak bergaduh langsung, macam tak ada perasaan lah pulak. Biasanya pengalaman mengajar kita cara atasi masalah kan?

    ReplyDelete
  3. Biasalah.........

    Tie biasa buat air kegemarannya.... lama2 sejuklah hatinya.. sabor aje laa........

    ReplyDelete
  4. Betul tu Tie..
    Kalau dia tengah panas, buatkan air sejuk kan? Confirm sejuk!

    ReplyDelete
  5. Yelah kakak,sedangkan lidah lagi tergeget..hehehe...kita yg idop dgn laki kita jer yg tau pangai dia luar dalam...dan terimalah seadanya untuk keharmonian rumahtangga kan kan?

    ReplyDelete
  6. rs,
    tak ada manusia yg sempurna. terima sajalah kelemahan yg ada pd pasangan kita kerana di samping kelemahan itu, pasti byk kelebihannya yg membuat kita memilih utk hidup di sampingnya kan?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Apa yang penting komunikasi, perbincangan dua pihak dan psikologi dalam berhubung mesra itu perlu.

    Kalau kelapangan jemputlah ke blog saya bertukar pendapat dan exchange link barangkali.

    ReplyDelete
  8. @ Farid,
    Waalaikumsalam
    Komunikasi memang aspek terpenting dalam perhubungan. Pengalaman harus dijadikan guru dan saling bertolak ansur amat perlu agar keretakan tak menjadi belah.

    ReplyDelete