Thursday, February 11, 2010

Anak-anak yang ditinggalkan

Saya telah menelefon bapa saya menanyakan khabar anak-anak saudara saya yang ditinggalkan kerana ibu bapa mereka tiada di dalam negara kerana menyambut lambaian Kaabah. Sudah hampir seminggu ibu bapa saya berada di rumah adik saya itu bersama cucu-cucunya. Tak sampai hati pula tinggalkan mereka dengan pembantu rumah sahaja. Nak bawa pulang ke rumah ibu bapa saya, dua orang daripadanya masih bersekolah. Kakak sulungnya pula masih menuntut di MRSM dan pastinya akan pulang bercuti mulai esok.

Hujung minggu ini, saya dan seorang lagi ibu saudara anak-anak yang ditinggalkan ini telah membuat perancangan untuk menjaga anak saudara saya yang berempat itu. Kebetulan pula, salah seorang daripadanya menyambut ulang tahunnya pada hari Sabtu nanti dan adik saya telah meminta jasa baik kami membuat sedikit majlis kecil untuk anaknya itu.

Cuti Tahun Baru Cina nanti, kami akan berkumpul di rumah adik saya. Anak saya pastinya seronok berkumpul dengan sepupu-sepupunya. Selain itu, saya juga perlu memenuhi banyak undangan majlis perkahwinan. Dah cuti agak panjang, ramailah yang buat majlis. Kepada yang akan melangsungkan perkahwinan, tahniah dan selamat menempuh alam baru.

2 comments:

  1. untungnya saling tolong menolong kan...

    mana tau akan datang dia pulak tolong jagakan anak2 kita....

    selamat bercuti kakak....

    ReplyDelete
  2. Salam Ain
    Memang agak mudah sebab boleh harapkan adik-beradik membantu.

    ReplyDelete