Friday, February 5, 2010

Lelaki tak boleh nangis!

Puas pujuk si kecil saya untuk memotong rambut. Tak berani bawa dia ke kedai gunting rambut lelaki, saya pun ajak encik suami bawa dia ke salon tempat saya selalu pergi.

Mula-mula si kecil cool saja. Lepas beberapa ketika, dia mula menunjukkan ketakselesaannya dibalut kain. Mungkin juga rambut-rambut itu membuatkan dia tambah tidak selesa. Puas juga encik suami pegang, sebab dia nak terjun daripada kerusi.

Makin lama makin kuat tangisnya.




p/s Meleleh-leleh air mata, nasib baik amoi tu cool aje dengan gunting dia sehingga rambut si kecil selesai digunting. Saya sempat pujuk good boy tak boleh nangis sambil teringat nak nyanyi lagu Lucky laki tak boleh nangis.

4 comments:

  1. Kesiannya dia. Takut kot.... ada bagi upah tak ?

    ReplyDelete
  2. Kesian juga. Tapi kalau tak digunting rambut tu, asyik berpeluh-peluh sepanjang hari.
    Lepas gunting bagi vitagen dua botol, terus senyap. :)

    ReplyDelete
  3. hehehehe.... teringat
    anak2 pun macam ni le juga
    dia geli....lagi pun bunyi mesin tepi telinga
    mau tak cuak..

    ReplyDelete
  4. Jie,
    Kalau tak pakai mesin tu, tak sama jadinya sebab epala asyik goyang sana, goyang sini.
    Dah tu, tak suka orang pegang kepala dia kan!

    ReplyDelete