Showing posts with label penawar penyakit. Show all posts
Showing posts with label penawar penyakit. Show all posts

Thursday, August 27, 2009

Anda penghidap Polyscystic Ovaries?


Saya ingin berkongsi tentang Polycystic Ovaries (PCO) dan simptom-simptonnya yang saya dapati daripada Komuniti Hamid Arshat Dot Com. Saya berpendapat, perlu berkongsi maklumat ini supaya sesiapa yang mengalami masalah ini menyedari bahawa merawatnya dengan segera kerana sindrom ini boleh menyebabkan seseorang itu sukar untuk mendapatkan anak (mengandung).


Polcystic Ovaries atau PCO adalah sejenis sindrom yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk mengandung. Sindrom ini boleh menyebabkan mereka sukar untuk menghasilkan telur yang elok yang dapat dilepaskan ke dalam salur fallopian, seterusnya ke rahim.

Ia membesar tetapi ia tidak matang(masak). Ini bermaksud ia tidak membesar ke saiz 20mm. Kemudian ia tidak dilepaskan oleh kilang ovari masuk ke dalam fallopian tiub iaitu tangan rahim. Seterusnya ia kecut dan karung itu kemudian bengkak dipenuhi air dan menjadi cyst. Sindrom PCO ini dikatakan bermula dengan paras hormon yang tidak seimbang di dalam badan. Ia juga selalu terjadi apabila seseorang meningkat berat badan. Terdapat juga sebilangan kecil wanita kurus mengidap PCO.

Bagaimana Hendak Mengenali Anda Penghidap Simptom PCO

1. Kelewatan datang haid
2. Haid yang jarang datang
3. Darah haid yang keluar sedikit dan berwarna kecoklatan
4. Adakalanya darah haid keluar banyak sehingga berketul-ketul dan menyebabkan cramping.
5. Kadang-kadang ada rasa sakit senggugut
6. Badan yang gemuk
7. Badan ditumbuhi bulu seperti lelaki, di kaki, misai dan buah dada
5. Rambut tipis di kepala

Jika anda mengesaki anda ada penghidap PCO ini, cubalah makan supliment Saw Palmetto Extract yang boleh didapati di farmasi. Supliment ini biasanya digunakan untuk merawat perkencingan lelaki. Tetapi jika digunakan untuk wanita, ia boleh digunakan untuk merawat masalah hormon lelaki di dalam badan.


Rujukan :- http://www.hamidarshat.com/

Wednesday, August 12, 2009

Bila penyakit menyerang

Sejak belakangan ni, keadaan sekeliling suram aja dengan jerebu dan berita-berita yang tidak begitu menyenangkan tentang virus yang makin lama makin banyak menagih mangsanya.

Saya dah beli banyak mask untuk diri sendiri dan keluarga. Saya paksa si abang pakai mask tu untuk ke sekolah. Nasib baiklah dia tak kisah walaupun katanya tak ramaipun cikgu atau pelajar-pelajar lain yang pakai. Tak kisahlah, saya cuma mahu mencegah dan usaha apa yang boleh saya buat.


Dah agak lama juga penyakit malas menulis menyerang. Tak nak bagi alasan sibuk sebab tiap-tiap hari memang sibuk, tapi kalau masa rajin tu, banyak aja yang nak ditulis. Minggu lepas birthday ibu mertua saya. Kami sekeluarga balik ke rumah beliau dengan membawa hidangan serta kek.

Sepatutnya kami bercuti di Genting tapi disebabkan wabak yang makin serius, terpaksalah dibatalkan sahaja. Insya Allah, lain kali bila semuanya dah okay, bolehlah bercuti.

Setiap kali saya baca berita atau menonton TV, saya sering tertanya-tanya, bagaimana agaknya nak memastikan penularan virus H1N1 ini dapat diberhentikan segera. Hanya Allah yang tahu tapi sebagai anggota masyarakat, mungkin kita boleh sama-sama menjalankan tanggungjawab mengelakkan virus ini terus tersebar....


Wednesday, May 20, 2009

Suntikan Imunisasi



Suntikan imunisasi memang tidak boleh diabaikan. Jadi, semalam saya bawa si Kecil saya ke klinik untuk mendapatkan suntikan.

Seperti dijangka, memanglah menangis, tetapi hero kecil saya yang agak lasak ini kelihatan relax saja. Cuma ada sedikit tangisan. Bimbang juga dia meragam, tapi doktor ada pesan yang kadang-kala lepas seminggu mungkin juga demam sikit. Alahai, kesihannya. kalau demam lagi....sebab dia baru je baik demam (walaupun batuk masih tak juga nak hilang walaupun dah banyak kali ke klinik).


Friday, May 8, 2009

Resah yang belum berkesudahan

Telah beberapa hari tidak update blog. Agak sibuk menguruskan si Kecil yang demam. Biarpun tidaklah teruk sangat, tetapi saya pun rasa macam nak demam sebab tidur yang memang langsung tak menentu kerana bimbang panas badannya meningkat sewaktu saya lena tidur. Telah dua malam si Kecil saya tidak lagi mengalami suhu badan yang tinggi. Rasa resah yang selama ini bersarang di jiwa beransur pergi.



Rupanya saya masih belum boleh berasa senang hati. Pagi tadi telah kelihatan bintik-bintik kecil yang merah pada serata tubuh badan si Kecil. Campak! Rupanya demam panasnya selama ini petanda dia mengalami demam campak dan baru hari ini saya tahu. Pesan orang tua, bila demam campak, anak tidak boleh dimandikan dan hanya dilap dengan air kelapa muda.

Esok genaplah setahun usia si Kecil. Nampaknya dia menyambutnya dengan demam campak!

Wednesday, April 8, 2009

Air kelapa muda

Sumber imej : http://www.chem-is-try.org/


Emm...masa singgah di kedai buah tadi, terlihat dan terbeli kelapa muda yang turut dijual di situ. Hari ini cuaca agak panas setelah beberapa hari hujan. Itu sebab terliur nak minum air kelapa muda.




Apakah manfaat air kelapa?



Selain kelazatan air kelapa yang sering dijadikan minuman penghilang dahaga, air kelapa juga mempunyai banyak manfaat. Antaranya:-

a) blh menjadi penawar pelbagai jenis penyakit (terutamanya bagi menaturalkan racun dalam tubuh)
b) dpt mengatasi dehidrasi dan mampu hilangkan cacing dlm perut kanak-kanak (bila dicampur sedikit jus lemon)
c) dpt mengurangkan rasa panas dlm badan
d) dpt mencegah penggumpalan susu dlm perut, muntah, sembelit dan memudahkan pencernaan anak (jika dicampurkan dgn susu)
e) dapat menyembuh dan menghilangkan jerawat, bintik-bintik hitam dan membuat wajah nampak berseri (jika kerap digunakan utk mencuci muka secara berterusan.