Wednesday, August 12, 2009

Bila penyakit menyerang

Sejak belakangan ni, keadaan sekeliling suram aja dengan jerebu dan berita-berita yang tidak begitu menyenangkan tentang virus yang makin lama makin banyak menagih mangsanya.

Saya dah beli banyak mask untuk diri sendiri dan keluarga. Saya paksa si abang pakai mask tu untuk ke sekolah. Nasib baiklah dia tak kisah walaupun katanya tak ramaipun cikgu atau pelajar-pelajar lain yang pakai. Tak kisahlah, saya cuma mahu mencegah dan usaha apa yang boleh saya buat.


Dah agak lama juga penyakit malas menulis menyerang. Tak nak bagi alasan sibuk sebab tiap-tiap hari memang sibuk, tapi kalau masa rajin tu, banyak aja yang nak ditulis. Minggu lepas birthday ibu mertua saya. Kami sekeluarga balik ke rumah beliau dengan membawa hidangan serta kek.

Sepatutnya kami bercuti di Genting tapi disebabkan wabak yang makin serius, terpaksalah dibatalkan sahaja. Insya Allah, lain kali bila semuanya dah okay, bolehlah bercuti.

Setiap kali saya baca berita atau menonton TV, saya sering tertanya-tanya, bagaimana agaknya nak memastikan penularan virus H1N1 ini dapat diberhentikan segera. Hanya Allah yang tahu tapi sebagai anggota masyarakat, mungkin kita boleh sama-sama menjalankan tanggungjawab mengelakkan virus ini terus tersebar....


5 comments:

  1. Kat cni dah ada skolah2 yg mewajibkan pemakaian mask.. Elok gak walaupun blom ada kat skolah tu yg dijangkiti H1N1.. tak salah kalau beringat sebelum kena, kan?

    Musim ni kena minum bnyk air.. Sebenarnya Kakak, alhamdulillah kja jarang sgt kena flu.. sethn skali pun tak.. Petua kja mudah, amalkan air kosong yg bnyk.. esp kalau dah start terasa sakit tekak atau ada dlm family yg dah kena..

    ReplyDelete
  2. Bagus gak ada sekolah yang dah wajibkannya. Memang patut beringat. Kalau dah kena, tak ada ubatnya.
    Memang minum air terutama air kosong baik untuk kesihatan.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kakak,apa khabar?

    Sama-sama kita jaga kesihatan ye kak?Wabak ni makin mengganas nampaknya....Tapi siapa 'Abang" tu kak?

    ReplyDelete
  4. Maaf kakak,

    Saya baru jer baca kisah kakak sebelum ni,Jadi saya rasa saya tahu siapa abang...Bertuah kakak
    dapat pelihara dia dan adik kakak dapat menyusukan dia.Mudah-mudahan dia dapat menjaga kakak pula bila tiba masanya nanti...Amin

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Nda.
    Ya, Kakak berasa bertuah dan bersyukur dikurniai anak seperti dia.
    Baru-baru ni bila kakak demam, dia memang bersusah payah mengambilkan air dan ubat untuk kakak. Terharu sangat....

    ReplyDelete