Tuesday, March 17, 2009

Cerita hari ini

Sudah beberapa hari si kecil seperti tidak berselera untuk makan. Bibirnya pula nampak sangat merah. Saya bawa dia bertemu seorang pakar kanak-kanak. Tambahan pula, saya hendak menemani kenalan rapat yang baru mendapat orang baru yang saya ceritakan itu membawa anaknya yang mengalami jaundis..


Hem, waktu kami sampai, dah ramai yang menunggu giliran. Si kecil saya memang telah ada rekod di situ, jadi selepas menghulurkan kad, saya mendaftarkan pula bayi teman saya. Lamalah sikit sebab baru nak masukkan maklumat untuk rekod.

Masa menunggu tu, sempat pula bertukar-tukar sapaan dengan orang yang duduk berhampiran saya. Kebanyakannya mendapatkan rawatan bagi anak yang demam berulang. Mereka datang ambil darah kerana bimbang akan serangan denggi. Bagus juga ada kesedaran begitu. Maklumlah, sekarang ni memang payah nak jangka. Kalau demam berulang, lebih baik pergi dapatkan rawatan lanjut yang terperinci. Melalui pemeriksaan darah, Insya Allah dapatlah dikesan lebih awal.
Lama juga kami kena menanti giliran hari ni. Lepas diperiksa, kata doktor tu, si kecil saya mengalami sakit tekak. Oh, patutlah dia tak berapa selera nak makan. Kesihan dia. Doktor berikan ubat demam, sakit tekak dan antibiotik. Lepas tu tunggu anak teman saya dapatkan pemeriksaan. Teman saya takut tengok doktor ambil darah anaknya. Saya yang kononnya berani inilah yang tengok proses tu dari awal sampai akhir. Walaupun sikit, tapi kesihan jugalah tengok anak yang kecil sangat tu meraung kena ambil darahnya.
Selesai sahaja, terus balik.

2 comments:

  1. pernah bawa anak pergi ambil darah..sbb demam lambat baik

    sy tunggu diluar, tak berani
    dia selambar hulur tangan bagi kat nurse

    he heh...nasiblah dpt mak penakut

    ReplyDelete
  2. wah, berani betul anak kujie ya? nie..mesti anak abah!

    ReplyDelete