Hampir seminggu tidak berkesempatan menulis, banyak juga peristiwa yang berlaku dalam kehidupan di sekitar saya. Biasalah dalam kehidupan, banyak ujian dan dugaan. Namun, saya masih bersyukur kerana walaupun beberapa hari tidak sihat, kehidupan saya masih ceria seperti biasa. Saya juga berkesempatan berehat lebih daripada biasa.
Si comel ini memang ditunggu-tunggu oleh ibu bapanya selama 12 tahun.
Dalam berehat tu, ada juga beberapa tugasan yang saya siapkan. Di samping memperuntukkan waktu beberapa hari yang lepas, sibuk meraikan kehadiran orang baru dalam kehidupan seorang kenalan yang amat rapat dengan saya. Saya pula yang sibuk lebih-lebih..... Seperti kata kak ja dalam komennya pada entri saya yang lepas, bau baby memang amat mengujakan. Saya seronok memerhati dan membantu menguruskan beberapa keperluan. Sebab teruja dengan baby yang comel ni, hampir seminggu juga tak 'update' blog. Tahniah pada kedua-dua kenalan saya ini. Semoga kehadiran bayi yang dinanti-nanti ini akan menyerikan kehidupan mereka berdua.
syukur alhamdulillah berkat kesabaran akhirnya membuahkan hasilnya..cmelnya bayi ni kak..
ReplyDeletenuriman, memang comel sesangat baby ni. Hidungnya mancung dan kulitnya putih. Kakak tengok pun seronok sangat. kalau boleh rasa nak juga dukung baby lagi, tapi masih belum ada rezeki nak dapat baby lagi. Tapi Kakak syukur juga akhirnya dapat juga seorang lepas 18 tahun. Anak kakak pun belum setahun. Jadi kakak tumpang-tumpanglah sibuk uruskan baby orang. Sama gaklah excitednya macam dapat baby sdn jugak.
ReplyDeletelamanyer penantian itu..
ReplyDeletepastinya sangat bersyukur!
sebak pula bila membaca..hehe..walaupon bukan kisah sedih.
hmmm..semoga Allah tabahkan hati bai untuk terus 'menanti' saat2 bahagia seperti itu... :)
Alhamdulillah...tentunya bersyukur sgt2. Bukan setakat org yg mengalami, ttpi org yg kenal dan tahu, turut sama menumpang kegembiraan tu. Insya Allah, akan tiba masanya untuk bai pula. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.
ReplyDelete