Tuesday, May 12, 2009

Dia Ibuku

Sempena Hari Ibu pada Ahad lepas, saya berkesempatan pulang ke rumah ibu mertua. Sebelum itu, sempatlah juga membawakan sebiji kek untuknya.
Saya telah lama kehilangan ibu kandung, tetapi amat bertuah kerana dikurniakan ibu mertua yang begitu baik dan mengambil berat terhadap menantunya ini hinggakan kalau kami keluar, orang sering terkejut bila tahu bahawa beliau ialah ibu mertua. Saya tak pasti mengapa, tapi mungkin juga sebab keakraban kami. Rumah kami tidaklah terlalu jauh juga memungkinkan kami sering berjumpa dan menziarahinya hampir setiap minggu. Dan kita pun memang dituntut untuk memuliakan ibu mertua. Ibu mertua memang melayan saya dengan baik. Malahan, kalau beliau berkesempatan ke mana-mana, pasti ada sahaja cenderahati buat saya. Untunglah saya kan!

Saya memanjatkan syukur kerana diberikan peluang menjadi ibu. Peluang ini membuatkan saya lebih menghargai jasa seorang ibu. Sesungguhnya bukan ringan tugas seorang ibu. Pengorbanan dan kasih arwah ibu tidak pernah saya lupa. Doa dan Al-Fatihah buat arwah ibu yang begitu banyak berjasa dan membentuk kami adik beradik. Semoga rohnya dicucuri rahmat.....

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu walaupun kadangkala panggilannya berbeza. Setiap hari adalah Hari Ibu kerana peranan ibu terlalu besar dalam kehidupan setiap manusia.

3 comments:

  1. Salam Kakak,
    Selamat Hari Ibu buat kakak juga...seronok kan kak bergelar ibu..apatah lagi setelah lama menanti...
    Tahniah,sebab punya ibu mertua yang baik,Arwah ibu mertua saya pun amat rapat dengan saya,sampai harini saya masih bersedih atas pemergiannya,walau telah 6 tahun berlalu...
    take care kak!

    ReplyDelete
  2. salam Kakak,
    Kja ada dua ibu mertua.. Ibu mertua kandung kja duduk di kpg.. Manusia yg tersgt 'indah' orgnya..Dan segala kebaikannya hanya Allah swt yg layak membalasnya..

    ReplyDelete
  3. Salam Nda & Kak Ja...
    Alhamdulillah, kita antara manusia bertuah diketemukan dengan ibu mertua yg baik. Bukan semua manusia beruntung mendapatnya. Iyalah..ada juga terdgr cerita yang kurang sedap didengar ttg hbgn antara mertua dan menantu drpd teman2. Bila mcm tu, bersyukur sgt tak perlu menempuh semua itu. Mungkin satu kebaikan drpd perkahwinan yg direstui kedua-dua pihak agaknya!

    ReplyDelete