Friday, May 22, 2009

Susu yang mana?

Hari ini, anak saya bertukar susu.
Saya cuba melanjutkan pemberian susu Enfa buatnya.
Jika dulu dia meminum ini,
Sekarang dia meminum yang ini,


Semenjak awal kehamilan, pasti setiap ibu dan bakal ibu didedahkan tentang faedah penyusuan susu ibu ini. Saya juga telah diterangkan tentang keperluan menyusukan anak dengan susu ibu secara ekslusif selama enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun. Saya ingin sekali mempraktikkannya tetapi saya tidak berjaya setelah mengalami demam yang agak teruk. Mulai saat itu, si Kecil langsung tidak mahu menerima susu ibu walaupun saya cuba sedaya upaya memaksanya kerana sedar yang susu ibu susu yang terbaik bagi bayi. Memang sedih, tetapi apakan daya. Saya sedar yang semua itu kelemahan saya sendiri. Akhirnya saya terpaksa memberikannya susu formula.

Semenjak awal, saya memang merancang untuk memberikannya susu formula hanya bila dia mencapai usia 6 bulan tetapi saya tetapi saya terpaksa menerima hakikat kegagalan saya itu. Lalu saya berusaha untuk mencari maklumat tentang susu yang baik untuk si Kecil saya. Berdasarkan pembacaan dan maklumat daripada pengalaman rakan-rakan, saya akhirnya memilih untuk memberikannya Enfalac A+. Alhamdulillah, dia serasi dengan susu tersebut dan tidak pernah mengalami masalah kembung perut sehingga sekarang. Tetapi saya faham, saya tidak boleh mengharapkan ia satu makanan yang sempurna. Manalah sama sesuatu yang diciptakan manusia berbanding ciptaan-Nya. Saya berharap si Kecil saya akan terus sihat dan mendapat zat yang diperlukan oleh tubuhnya, walaupun dia tidak lagi mendapat susu daripada ibunya ini.

2 comments:

  1. Skg ni bnyk tul susu2 formula ni.. kita cuma tggal memilih dan sediakan ongkosnya, kan?

    Masa Abang kecik dulu, dia tak nak mkn apa2.. susu je yg dia nak.. Umur 4 thn, kja terpaksa memaksa dia mkn nasik.. Bimbang dia tak ckp zat mknan..

    ReplyDelete
  2. betul tu kak ja
    macam-macam jenama yang ada....
    itu yg masa mula nak beli tu pening kepala gak dibuatnya.

    si kecil saya tu, kalau makan, selera aja. skrg dah mkn bubur. Lepas tu blend dgn sayur, ikan @ ayam/daging.

    ReplyDelete