Monday, July 13, 2009

Jejak bertapak

Hari ini si kecil saya mula menapak beberapa langkah tanpa berpaut kepada sesiapa. Sebelum ini dia memang telah mula menapak, tetapi mungkin kerana masih kurang yakin, dia akan cepat-cepat menjatuhkan diri atau mencari tempat berpaut. Seronok hati saya bila melihat dia sudak mula melangkah. Risau juga kerana dalam usia setahun dua bulan dia masih tidak mampu berjalan sendiri. Tapi, ada pula teman-teman yang berkata, tak perlu risau dan tak perlu dipaksa kerana dia akan berjalan sendiri mengikut kehendaknya. Dan alhamdulillah, si kecil saya dah mula berjalan sendiri biarpun masih belum jauh jalannya.


Lepas ni, nampaknya saya kena bersedia pulalah nak mengawal dia kerana pastilah lebih lasak. Sedangkan semasa belum boleh berdiri sendiri dulupun dah mula memanjat, apatah lagi dah dapat kaki ni.

Semasa suami menelefon petang dan malam tadi, saya lupa pula hendak mengkhabarkan kepadanya. Sejak semalam, suami saya telah pergi berkursus. Wah, si kecil ini menanti bapanya tiada di rumah sebalum menunjukkan skilnya, sesuailah tu...nak menunjukkan ciri-ciri berdikari kerana bila bapanya tiada dia dah boleh berdiri dan berjalan atas kaki sendiri.

2 comments:

  1. Waaahhhh... lps ni si kecik akan bertambah luas dunia yg akan diterokanya..

    Anak2 kja dulu cpt berjlnnya, Kakak.. Penat mengejar!!

    ReplyDelete
  2. Kak Ja,
    Ha, Kak Ja lebih cepat main kejar2. Kakak pula lepas ni kena siap sedialah.

    ReplyDelete