Wednesday, July 22, 2009

Santai

Beberapa hari ini saya hanya bersantai. Cuti hujung minggu. Sambil jalan-jalan cari makan. Ada juga beberapa peristiwa yang menarik dan sangat tidak menarik berlaku.

Suami berkursus agak lama kali ini. Jadi segalanya perlu saya uruskan sendiri. Bertambah kuranglah masa saya untuk 'update' blog ini. Si kecil pun bukan main lasak.Hari ini dia seperti kena selsema, tetapi sedikit sahaja. Cepat-cepat berikan ubat dan alhamdulillah, nampaknya okay. Mungkin selsema akibat berendam dengan 'abang-abang'dia tu kerana kami ke kolam renang. Mula-mula macam takut. Tapi bila dah seronok, macam tak nak naik pula. Menjerit-jerit bila saya bawa dia keluar dari kolam renang. Geram betul.

Setiap hari suami buat video call, jadi taklah terasa sangat. Si kecil pun bukan main riuh bercakap dengan bapanya macamlah faham sangat apa yang dia cakap tu. Seronok betul tengok telatahnya. Kebelakangan ini saya memang kurang masa dan idea pun semakin terbantut untuk menulis........tapi saya akan cuba juga.

2 comments:

  1. heheh...alahai comey je kan anak2 akak tu...si kecik pun tak padannagn kecik...hihihi..

    ReplyDelete
  2. Dalia,
    Anak-anak saudara kakak ramai lelaki, jadi bila campur dengan si kecik kakak tu, memang sangat meriah.

    ReplyDelete