Saya baru sedar yang entri saya sebelum ni tak ada kena-mengena dengan taju entri tu. Sebenarnya masa saya menulis tajuk tu, saya sedang terfikir untuk berkongsi tentang sesuatu. Tetapi entah bagaimana, tiba-tiba saya kehilangan idea.
Saya memang tak berapa pandai bercerita. Lebih-lebih lagi kalau cerita itu melibatkan perasaan orang lain. Bimbang, ntah-ntah saya terumpat pulak. Akhirnya, langsung pulak tak jadi cerita. Namun disebabkan saya dah terlepas tajuk tu, saya rajinkan juga diri menulis tentangnya.
Saya memang tak berapa pandai bercerita. Lebih-lebih lagi kalau cerita itu melibatkan perasaan orang lain. Bimbang, ntah-ntah saya terumpat pulak. Akhirnya, langsung pulak tak jadi cerita. Namun disebabkan saya dah terlepas tajuk tu, saya rajinkan juga diri menulis tentangnya.
Hari ini, seorang adik (bukan adik kandung) bercerita tentang kekecewaannya terhadap seorang insan yang pada mulanya ingin berkongsi hidup dengannya. Setiap orang pasti mengharap kehidupan yang lebih baik daripada hari-hari sebelumnya. Namun siapalah kita yang mampu menentukannya?
Saya pernah menasihatinya agar tidak terlalu percaya kepada seseorang. Entah mengapa, sejak saya tahu dia berkawan dengan lelaki itu, hati saya seperti berkata sesuatu. Mungkin pengalaman hidup memungkinkan saya membaca serba sedikit tingkah manusia. Apa yang dipamerkan pada awal pekenalan tidak semestinya menggambarkan wajah sebenarnya. Kenapa wajah manusia boleh berubah-ubah? Sudah menjadi sifat manusia, sukakan yang baik-baik dan indah-indah sahaja. Sebab itu, kadang-kala, setiap orang cuba untuk mempamerkan wajah yang baik-baik dan indah-indah itu dan menyembunyikan yang lain selagi terdaya.
Saya bukanlah pandai sangat 'membaca' hati orang. Saya juga tidak mempunyai ilmu psikologi untuk mengenal dan membantu orang lain. Tetapi saya memang ikhlas menasihatinya kerana saya mengenalinya agak lama. Saya tahu, bukan semua manusia ikhlas berkawan dengan kita. Ada yang hanya manis di bibir, namun kelingking berkait...
Nampaknya, kebimbangan saya berasas. Hari ini dia menyedari bahawa apa yang saya pernah nyatakan adalah sesuatu yang berasas. Tetapi saya tidak boleh membantunya, kerana hanya dia sendiri yang boleh membantu dirinya. Saya harap dia sudah kenal akan wajah manusia yang mudah berubah-ubah mengikut situasi dan keadaan.
salam kakak, kat dunia ni kan penuh dengan pelakon2 handalan...kita mmg betul2 kena berhati-hati, tersilap sikit kita aakan jadi mangsa penipu2 yang bertopeng wajahnya....
ReplyDeletesalam mawar,
ReplyDeletedalam berhati-hatipun kadang-kala kita boleh terkena, inikan pula jika kita memang mudah sangat percaya pada orang. mungkin dah jadi lumrah orang bercinta memang selalu membutakan matanya daripada realiti. malanglah bila dah terhantuk baru tengadah....kan?
Salam Kakak,
ReplyDeleteKakak rasa takde apa kurangnya dgn cara Kakak bercerita.. Kja suka membacanya.. Ckp bersederhana..
Butakah cinta, Kakak?
Semoga berhati-hati dengan dunia..
ReplyDeleteSalam Kak Ja,
ReplyDeleteTerima kasih..
Pada pendapat Kakak, cinta tu tak buta tapi orang yang bercinta selalu jadi buda dek silauan pesona cinta.
Ibnurashidi,
ReplyDeleteSemoga kita saling ingat mengingatkan bahawa dunia sementara ini memang penuh dengan tipu daya.