Sunday, October 11, 2009

Berehat Sebentar

Selepas lama bercuti raya, banyak kerja menanti. Pada tahun ini, saya belum berpeluang mengadakan rumah terbuka walaupun banyak soalan daripada teman-teman yang menanyakan tentang rumah terbuka saya. Saya katakan bahawa, rumah saya sentiasa terbuka untuk tetamu sepanjang bulan syawal ini.

Pada minggu lepas, si kecil saya tidak sihat. Pada mulanya hanya saya yang mengalami selsema. Selepas beberapa hari, dia pun turut sama. Kumannya dijangkiti daripada saya agaknya. Tambahan pula pada musim raya ini, apa yang kami makan, semuanya dia hendak juga. Saya hanya selsema, tetapi pada hari ke-2 dia mengalami tanda-tanda akan mendapat batuk namun menurut doktor dia tidak menghidap demam.. Syukur juga abangnya tak ada apa-apa. Saya tidak menunggu lama untuk mendapatkan rawatan. Dan nampaknya dia telah sembuh sepenuhnya.

Selepas ini, saya akan berada jauh dari komputer untuk sedikit masa, mungkin seminggu dua kerana banyak perancangan kerja yang perlu diberikan tumpuan. Namun saya harap saya akan berpeluang menjengok blog kawan-kawan semua.

4 comments:

  1. Bagus la klu si kecil dh sembuh..
    Jgn jauh2 sgt kakak..nt ramai yg rindu tauuu

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Jagalah kesihatan diri dan keluarga tu, sekarang ni macam2 penyakit ada. Susah nak berubat pulak tu... dugaan betul.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. @Snas,
    Blog ni mana ada org nak rindu..hihihi
    Terima kasih kerana berkunjung.

    @Tie,
    Terima kasih Tie..memang betul, mungkin disebabkan pemakanan dan gaya hidup manusia sendiri,

    ReplyDelete