Saturday, October 3, 2009

Raya lagi

Sudah hampir 2 minggu memasuki syawal, masih berkisar tentang raya.
Minggu lepas sibuk dengan kerja dan seperti tahun-tahun sebelum ini, keluarga saya memang menanti hujung minggu untuk meneruskan program raya. Tentu banyak rumah terbuka yang diadakan dan perlu dihadiri.

Hari ini saya memperuntukkan waktu untuk bersama keluarga agar dapat menhunjungi sanak-saudara yang tinggal di sekitar Lembah Kelang dan di Kelang. Sejak semalam saya telah sibuk menghubungi adik-beradik saya agar mereka turut sama kerana bapa saya memang mengharapkan anak2nya dapat bersama jika berkunjung ke rumah saudara-mara. Memang susah untuk menyesuaikan jadual kerana sekarang ini masing-masing terikat dengan jadual kerja dan jadual anak-anak yang bersekolah dan sebagainya tapi nampaknya semuanya berjanji akan cuba memberikan komitmen.

Dah lama betul tak merayau blog teman-teman. Tadi melawat blog Niza dan dia ada tawaran durian runtuh. Bagi yang ada baby tu, bolehlah rebut tawaran tu. Malam tadi sempat kejap melawat blog potpouri. Kak Wan ada bagi tips tentang cara-cara menulis novel. Sesiapa yang berminat nak menulis tu, bolehlah lihat panduan tersebut. Banyak ilmu yang dikongsi bersama. Dalam masa yang singkat sebelum pergi mengunjungi sanak-saudara ni, harap-harap dapatlah 'berhari raya' di blog semua teman.

7 comments:

  1. Selamat hari raya juga ijad.
    Terima kasih datang beraya kat blog ni.

    ReplyDelete
  2. rasanya belum terlambat kan untk whose ucap selamat hari raya...hehe

    ReplyDelete
  3. salam sidilfitri...
    sempat lagi kan nak wish..
    bila nak wat open hse??
    :)

    ReplyDelete
  4. @whose,
    Selamat Hari Raya juga.
    Masih banyak tetamu datang dan rumah terbuka perlu dihadiri hujung minggu kan?

    @Dalia
    Salam aidilfitri...
    sempat.
    Tahun ni rasa macam nak buat open house bila-bila aje. :)

    ReplyDelete
  5. Salam kakak, masih mood raya lagi ke ? Tie di sini seperti biasa je.. kuih raya pun dah kering, tuan rumahnya yang perhabiskan, hehe...

    ReplyDelete
  6. Salam Tie,
    hampir seminggu sibuk dengan diri dan anak yang tak sihat.
    Mood raya dah hilang pun. Mood jumpa doktor sebab penyakit raya dah menyerang.

    ReplyDelete