Beberapa hari ini saya dan anak-anak hanya tinggal sendirian di rumah. Suami pula sibuk dengan penggambaran mengalahkan bintang filem pula. Sebenarnya beliau sibuk dengan projek dengan BTP yang perlu diselesaikan. Si abang sudah bising kerana tidak nampak batang hidung papanya sejak pagi. Si Kecil mungkin begitu, tapi sebab tak pandai berkata-kata, bila terdengar bunyi kereta di hadapan rumah, berlari ke muka pintu.
Saya dan adik saya sedang mengatur program untuk temujanji si abang yang dijangka akan berkhatan pada cuti sekolah nanti. Adik saya sudahpun mengaturkan temujanji, dan membuat pembayaran kerana heronya yang seramai 3 orang itupun akan turut serta nanti.
Saya dan adik saya sedang mengatur program untuk temujanji si abang yang dijangka akan berkhatan pada cuti sekolah nanti. Adik saya sudahpun mengaturkan temujanji, dan membuat pembayaran kerana heronya yang seramai 3 orang itupun akan turut serta nanti.
Dah besar anak saya...
Tak sabar pula rasanya nak tunggu majlis tersebut.
Kalau teman-teman yang ada pengalaman, bolehlah berkongsi dengan saya tentang pesediaan untuk acara itu nanti ataupun petua penjagaan anak yang berkhatan. hihihi
Hmm...seronok kan...tengok anak2 membesar, lepas ....nanti lagi cepat besar anak teruna tu...
ReplyDeletekadang2 berharap...jgnlah cepat besar...rasa tak puas lagi nak tgok gelagat comel mereka...
ReplyDeletesedar2...anak2 dah bermisai :p
@Mawar Merah - Tak terasa begitu cepat permata hati saya yang dah jadi abang ni membesar.
ReplyDelete@Kujie - bila kecil ak suruh cepat besar. Bila dah besar, rasa tak puas peluk dan timang lagi.
Tak dpt bygkan lagi nanti anak2 dah bermisai tu...
Ooo.....sibuk nak khatan rupanya. Mudah-mudahan semuanya selamat, ya.
ReplyDeletekak, mesti berdebar-debar tunggu saat berkhatan tu kan....
ReplyDeleteanak nak kena cucuk pun kita dah risau, kalau nak 'potong'.... huhuhu.... lagik ler risau...
semoga semuanya berjalan lancar nanti....
salam singgah sini.. thanks leave komen kat blog kita..
ReplyDeleteoh tgh buat persediaan anak nak berkhatan la ni ya.. eemmm just jaga pemakanan dia klu nak cepat baik.. harap semuanya akan berjalan ngan lancar..
@Tie - terima kasih. anak nak berkhatan, mak dia pun berdebar sama.
ReplyDelete@Mama-Danish& Sarah - memang berdebar. terima kasih...semoga semuanya lancar.
@CuTeMiUt78 - terima kasih singgah dan komen.
terima kasih atas peringatan.
Nak khatankan anak rupanya..
ReplyDeleteAnak bujang kja dulu berkhatan masa umur 6 thn.. Tak le sesusah mana nak menjaga, kecuali kena jaga dia masa dia tidur.. Dia jenis yg tidur meniarap..
Penjagaan dr segi pemakanan tu elok kakak beri lbh perhatian.. And mcm slalu kita dengar, budak yg dah berkhatan ni, nnt bertambah2 selera makannya!!
Terima kasih Kak Ja atas tips tu...
ReplyDeleteInsya Allah saya akan memberi perhatian perkara yang kak ja katakan itu.