Tuesday, April 28, 2009

Kenduri lagi


Satu lagi hujung minggu yang amat sibuk. Langsung tak duduk di rumah. Hari Sabtu sempat ke kenduri Aqiqah di Taman Medan.

Kemudian ke rumah adik di Shah Alam. Saat-saat akhir rancang pergi ke sana, jadi tak bawa baju tambahan. Kalau tak boleh tidur di sana. Dah lama juga tak berkumpul adik beradik. Jadi seronok sungguh walaupun tak diam mulut menegur hero-hero kecil yang kalau dah berkumpul, hilang tata tertib dan sopan santun dia orang.

Pagi Ahad ke Shah Alam. Ada satu lagi majlis kenduri. Kemudian sempat menghadiri majlis sambutan ulang tahun Arish yang berusia 4 tahun.

Monday, April 20, 2009

Keseronokan yang membawa padah

Gambar daripada www. bharian.com.my


Saya percaya ramai yang telah membaca artikel 'Bahana nafsu' yang telah ditulis oleh Mohd Azis Ngah (azis@bharian.com.my ) dalam akhbar Berita Minggu semalam (19 April 2009). Melihat gambar dan membaca cerita yang disiarkan, rasa sedih kerana kes seperti yang dilaporkan bukanlah kes terpencil. Menurut pengakuan Pengarah Kem Modal Insan Kewaja, Yahya Mohamed Yusof seperti yang dicatatkan oleh Mohd Azis, beliau telah mengendalikan lebih 3,000 kes mengandung anak luar nikah sejak 1998 dan rata-ratanya berusia 17 hingga 23 tahun. Bilangan itu, bilangan yang dikendalikan oleh Kem Modal Insan Kewaja. Bagaimana pula dengan kes-kes yang kita tidak tahu, yang disembunyikan daripada pengetahuan umum malahan ada pula yang sanggup membunuh janin yang tidak berdosa sebelum rahsia mereka terbongkar?

Pada usia seperti itu, sepatutnya gadis-gadis yang masih muda belia ini sedang berlumba-lumba untuk mencari ilmu namun alangkah malangnya apabila mereka terjebak dalam masalah yang bukan sahaja mampu merosakkan masa depan mereka, malahan turut menghancurkan hati keluarga yang menaruh harapan yang besar terhadap mereka. Mereka juga telah tersasar daripada tuntutan agama yang melarang pergaulan bebas sebelum nikah.

Ramai juga yang terlibat ini terdiri daripada golongan terpelajar yang masih menuntut di IPT. Siapakah yang patut dipersalahkan dalam soal ini? Tiada ibu bapa yang sanggup membiarkan anak mereka mengikuti jalan yang salah. Namun, mampukah ibu bapa mengekori setiap langkah anak-anak mereka setiap masa? Tuntutan nafsu memang tidak mengenal siapa. Hanya iman di dada yang mampu menjadi benteng agar tidak terjerumus. Sebagai ibu bapa, kita hanya mampu berdoa dan berusaha membekalkan ilmu yang perlu agar mereka dapat menjauhi diri daripada hanyut dalam nafsu yang tidak terkawal.

Daripada pengakuan yang dipaparkan, mereka mengakui bahawa mereka hanya melakukan seks sekali sahaja sebelum menyedari bahawa mereka mengandung tanpa nikah. Saya terfikir betapa besarnya kuasa Tuhan kerana ramai antara pasangan yang berkahwin begitu sukar untuk mendapat cahaya mata sehinggakan sanggup berhabis-habisan demi usaha mendapatkan zuriat. Manakala mereka ini pula, begitu mudah mengandung sedangkan perkara itu tentu sekali tidak mereka ingini. Tentu sahaja Tuhan mengetahui, mengapa semua ini terjadi. Semoga segala yang terjadi terhadap diri mereka ini akan menjadikan mereka insaf dan berfikiran lebih matang, lebih beriman dan menghargai apa yang ada pada mereka.

Thursday, April 16, 2009

Bicaralah duhai anak

Si Kecil saya telah riuh mulutnya walaupun butir bicaranya tidak saya fahami kecuali bila dia menuturkan perkataan 'mamam' setiap kali ternampak bekas makanan. Tak sabar rasanya untuk mendengar dia mula bertutur.

Sewaktu membelek-belek sebuah majalah lama, saya terjumpa artikel tentang tips untuk membantu anak bertutur. Antaranya:
1) berkomunikasi dengan anak2 dari bayi @ waktu mereka belum pandai bercakap.
2) menggunakan ayat yg pendek dah mudah
3) menggunakan mimik muka dan bahasa badan yang sesuai untuk menyampaikan sesuatu maksud perbuatan @ ayat untuk membolehkan kita membantu anak2 faham akan apa yang disampaikan.
4) selalu luangkan masa membaca buku @ bercerita kepada mereka.
5) mengemukakan soalan, arahan, memperkenalkan perkataan baru dan bercakap dengannya dalam aktiviti harian
6) cuba beri perhatian, dengar dan cuba fahami apa yang cuba hendak disampaikan
7) cuba bantu dgn cara menyebut beberapa perkataan yang mungkin cuba disebut oleh si kecil
8) nyanyi bersama selain bercerita kepadanya
Sumber: Aniqah (Julai 08)

***Tertanya juga diri ini, mampukah saya melakukannya. Apapun, insya Allah, ilmu ini mungkin boleh saya jadikan panduan


Tepuk amai-amai

Tepuk amai-amai,
belalang kupu-kupu,
Tepuk adik pandai,
gigi cuma satu...

Tersenyum saya melihat si kecil yang menepuk tangan sambil mulutnya ternganga-ngaga bila mendengar suara saya mengucapkan perkataan tepuk tangan atau pun clap your hand! Cute sungguh bila dia menepuk tangan sambil tersenyum-senyum.

Giginya juga telah mula tumbuh, tetapi cuma sebatang sahaja. Kalau tak silap saya, yang biasa saya lihat, gigi depan sama ada gigi atas atau gigi bawah yang tumbuh dulu, tetapi gigi si kecil saya yang mula tumbuh ialah gigi tepi sebelah kiri.


Monday, April 13, 2009

Ke Majlis Kenduri Aqiqah dan Cukur Jambul


Semalam saya ke majlis cukur jambul anak 'S' yang saya ceritakan dalam entri ini. Saya sampai agak lewat dalam hujan lebat. Tak dapat datang awal kerana dari pagi tak sihat, bimbang pula nak memandu sendirian. Kena juga tunggu cik abang yang pulang lewat kerana ada lecture untuk pelajar luar kampus dari Singapura. Tetapi demi memenuhi undangan, saya dan keluarga sampai juga walaupun kebanyakan saudara-mara dah habis pulang. Dan cuma dapat tengok khemah yang hampir separuh berkemas. Cuma yang seronoknya, dapat berbual panjang kerana tuan rumah dah tak sibuk melayan tetamu. Si kecil yang diraikan pula nyenyak tidur, penat agaknya.

Sampai lewat, jadi tak ada chance nak cukur jambul. Lagipun si kecil ni tak ada jambul pun!


Seronok tengok anak 'S' Dah besar. Tengok tu, kalau banding masa saya menziarahinya semasa baru lahir dulu, jauh bezanya. Macam baby saya dulu yang 'halus' semasa lahir, kini bukan main semangat sebab asyik nak 'mamam' bila bangun tidur. Anak 'S' pun nampaknya sihat dan semakin tegap badannya.

Masa saya pulang ke rumah, hujan masih lebat. Walaupun hujan, tak terasa sejuk sebab badan dah dipanaskan oleh kari dan rendang kambing yang lazat. Walaupun lewat, masih merasa juga makan lauk kenduri.

Friday, April 10, 2009

Air Sembahyang

Semoga mendapat hidayah dan keredhaanNYA.


AIR SEMBAHYANG "

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kel ak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu. Semoga sama-sama mendapat manfaat daripadanya.

Wednesday, April 8, 2009

Air kelapa muda

Sumber imej : http://www.chem-is-try.org/


Emm...masa singgah di kedai buah tadi, terlihat dan terbeli kelapa muda yang turut dijual di situ. Hari ini cuaca agak panas setelah beberapa hari hujan. Itu sebab terliur nak minum air kelapa muda.




Apakah manfaat air kelapa?



Selain kelazatan air kelapa yang sering dijadikan minuman penghilang dahaga, air kelapa juga mempunyai banyak manfaat. Antaranya:-

a) blh menjadi penawar pelbagai jenis penyakit (terutamanya bagi menaturalkan racun dalam tubuh)
b) dpt mengatasi dehidrasi dan mampu hilangkan cacing dlm perut kanak-kanak (bila dicampur sedikit jus lemon)
c) dpt mengurangkan rasa panas dlm badan
d) dpt mencegah penggumpalan susu dlm perut, muntah, sembelit dan memudahkan pencernaan anak (jika dicampurkan dgn susu)
e) dapat menyembuh dan menghilangkan jerawat, bintik-bintik hitam dan membuat wajah nampak berseri (jika kerap digunakan utk mencuci muka secara berterusan.

Thursday, April 2, 2009

Jika anak....





Jika anak kita hidup dalam kesabaran,
Dia belajar menjadi penyabar.
 Jika anak hidup dalam penerimaan,
Dia belajar menyayangi.
 Jika anak hidup dalam pujian,
Dia belajar menghargai.
 Jika anak hidup dalam galakan,
Dia belajar menjadi yakin.
 Jika anak hidup dlm persetujuan,
Dia belajar menyayangi diri.
Jika anak hidup dlm pengiktirafan,
Dia belajar membina matlamat diri.
 Jika anak hidup dengan ilmu,
Dia belajar memahami persekitarannya.
 Jika anak hidup dengan kemahiran,
Dia belajar hidup berdikari.
 Jika anak hidup dengan kata-kata yang baik,
Dia belajar berfikir dengan baik.
 Jika anak hidup dengan adab,
Dia belajar bersopan-santun.
 Jika anak hidup dengan kebersihan,
Dia belajar membina maruah dirinya.
 Jika anak hidup dengan kesihatan,
Dia belajar membina jati dirinya.
 Jika anak hidup dengan kebersihan,
Dia belajar peka dengan bahaya penyakit,
 Jika anak hidup dengan Al-Quran,
Dia belajar mengenali Tuhan.
 Jika anak hidup dengan doa,
Dia belajar apa erti hidup sebenarnya.
 Jika anak hidup dengan kejayaan,
Dia belajar apa erti kebenaran.
 Jika anak hidup dengan keselamatan,
Dia yakin pada diri dan orang lain.
 Jika anak hidup dalam kemesraan,
Dia belajar dunia ini tempat yg memberangsangkan.


Dipetik drpd Permata Hatiku Mingguan Wanita 27 Mac – 2 April 2009 ms 92