Balik daripada rumah adik yang dipanggil Mak Lang, (saya dan adik bongsu saya sekeluarga yang berbuka puasa dan bermalam di rumahnya), tiba-tiba buat rancangan nak shopping di PKNS. Mulanya bimbang juga nak bawa si kecil ni, jadi saya tinggalkan dia dengan pembantu di dalam kereta. Abangnya okaylah, boleh pakai topeng mulut dan hidung. Seronok saja dengan sepupu-sepupunya yang lebih kurang sebaya dengannya.
Walaupun jumlah korban H1N1 sudah agak stabil, tetapi saya takut untuk mendedahkan anak2 kepada bahaya virus itu. Tapi, saya lihat orang lain biasa saja. Cuma kami dan satu keluarga lain saja yang saya jumpa pakai topeng tu. Jurujualpun tak pakai topeng mulut dan hidung tu, takut pelanggal lari....
Masa saya sampai, alhamdulillah..orang belum begitu ramai. Saya sempat mencarikan baju Melayu untuk si kecil dan abangnya sahaja. Suami seperti biasa, tak akan beli kat tempat lain kecuali ke kedai favoruite dia di Jalan Masjid India tu. Adik saya bukan main banyak lagi memborong tapi saya minta diri dulu. Bimbang tinggalkan si kecil lama-lama dalam kereta.
Saya tak beli apa-apa pun lagi. Bimbang nak bawa si kecil yang tentu sahaja tak nak pakai topeng mulut dan hidung.
Kat ganu ni biasa je. Tak de orang pun yang guna mask tu.... Tie jadi serba salah nak pakai laa...
ReplyDeleteTerima kasih berkunjung ke sini.
ReplyDeleteSaya guna mask ni sebab bimbang sebab kita tak tahu siapa yang bawa virus ini. Kalau Tie dah pakai, elok sangatlah..semoga teruskan.