Monday, August 31, 2009

Selamat Hari Kebangsaan


Pada hari ini kita menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-52. Tema Hari Kebangsaan pada tahun ini ialah SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.


Pada tahun ini, upacara di Ambang Merdeka seperti yang diamalkan pada tengah malam 30 Ogos yang telah diamalkan bertahun-tahun lamanya tidak diadakan sebagai menghormati bulan Ramadan. Pada pendapat saya, sambutan di Ambang Merdeka tu memang baik jika betul cara sambutannya. Tapi bila sambutan di Ambang Merdeka lebih membesar-besarkan konsert, acara bersuka-ria dan menyanyi-nyanyi dan kadangkala mengundang maksiat, pasti sahaja sambutan itu tidak tepat dengan apa yang kita raikan. Kalaupun nanti Hari Kebangsaan tidak lagi hadir pada bulan Ramadan, apa salahnya kita meraikannya dengan cara yang lebih berhemah dan bermakna. Semoga kita akan terus merdeka dengan erti kemerdekaan yang sebenar.

4 comments:

  1. Moga2 negara kita aman dan sejahtera, bebas dari batu2 api dan bom api...

    ReplyDelete
  2. kakak, selamat ulangtahun kemerdekaan ke 52, moga kita senantiasa dalam keadaan makmur dan aman.

    ReplyDelete
  3. Selamat ulangtahun kemerdekaan...
    jom kita sama-sama pastikannya.

    ReplyDelete